5 Beg Tangan Terbaik Bulan Mac: Dari Dior, Versace ke Loewe.
Kita telah masuk bulan Mac. Sudahkan beg tangan yang lama diganti dengan baru dan yang terkini? GLAM memilih lima beg tangan dari koleksi musim bunga 2023 berhasil memadukan konsep kefungsian dalam penampilan kamu.
Berikut merupakan lima beg tangan pilihan GLAM bulan ini;
REPEAT BAG (VERSACE)

Tas tangan Repeat kreasi Versace memiliki desain yang timeless. Gaya segar dipertaruhkan, yang mana menggarap reka bentuk beg hobo dari arkib awal 2000-an. Namun, diberi sentuhan baharu. Identiti tas Repeat diserlahkan dengan perincian zip logam Medusa, tali bahu boleh laras dan berbentuk separuh bulan. Hadir dalam saiz mini hingga besar dalam material kulit bermutu dan kemasan warna mewah.
Tas Repeat diinterpretasikan secara lebih moden dan mempunyai faktor gaya yang menarik. Dengan bahagian samping yang boleh diperluas, interior dual-compartment dan banyak poket di dalam, dapat memudahkan anda untuk lebih organized.
BEG TANGAN PASEO (LOEWE)

Diperkenalkan sewaktu pementasan musim bunga 2023, beg Paseo baharu ciptaan Loewe ini menampilkan visi elegan kewanitaan moden. Dan estetika baharu dari koleksi aksesori kulit Loewe.
Menawarkan reka bentuk versatil dan mengutamakan fungsi, Paseo diperbuat daripada material kulit anak lembu yang indah lagi lembut untuk mencipta siluet yang berbeza. Yang melihat dua lipatan berpadu hingga ke bahagian pemegang beg. Untuk memperkukuhkan lagi sentuhan kulit yang halus pada beg, dua simpulan Flamenco yang terdapat pada beg merupakan karakter beg yang langsung mengingatkan pada identiti Loewe. Butiran lain seperti zip ditampilkan secara halus dan lapisan suede memberi sifat ringan yang mudah dibawa.
ES BAG (SAINT LAURENT)

Beg tangan bersaiz besar kembali menjadi trend. Beg Cassandre monogram yang bersaiz besar ini adalah gabungan sempurna ‘statement’ gaya dan reka bentuk praktikal. Ia memiliki struktur lentur dengan garisan melengkung yang ditekankan oleh penutupan zip gangsa bersifat ringan. Tampak klasik, diperindahkan dengan kulit halus dengan lining, yang biasa dibawa sebagai handbag ataupun beg kembara. Pemegang kukuh yang bisa disandang, pasti merasa nyaman untuk membawa tas ini ke mana pun.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
