GLAM It Girl: Zenia
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioGLAM mempersembahkan It-Girl untuk bulan ini, Zenia yang merupakan seorang pempengaruh digital yang terkenal dengan fesyen old money.
Not your usual it-girl! Sebagai seorang yang menyukai gaya fesyen old money, Zenia sering dijadikan rujukan peminat fesyen terutamanya gen Z. Zenia juga menerapkan elemen chic dan minimalis dalam setiap gaya penampilannya, memberikan pesona yang elegan dengan mudah. Gadis yang mempunyai raut wajah manis ini juga merupakan pengasas produk kosmetik @zeniorbeauty. Zenia sering tampil dengan solekan clean, sesuai dengan gaya old money yang menyempurnakan penampilan keseluruhannya.
Bukan sahaja terkenal dengan gaya fesyennya, malah Zenia juga mempunyai hobi yang lain daripada yang lain. Melalui perkongsiannya di dalam media sosial, dia dilihat sebagai seseorang yang sering meluangkan waktu lapangnya dengan menunggang kuda.
Zenia, It-Girl Bulan Ini
1. Gambarkan diri anda dalam 3 perkataan.
Chic, sophisticated dan achiever.

2. Siapakah wanita yang memberi inspirasi kepada anda dalam industri dan mengapa?
Bagi diri saya, Zahirah Macwilson merupakan wanita yang memberikan inspirasi terbesar di dalam industri. Zahirah Macwilson adalah definisi sebenar keanggunan, kecerdasan, dan kecantikan. Dia membawa dirinya dengan rendah diri, memancarkan kebijaksanaan, dan menawan dengan kehadirannya yang menakjubkan.
3. Apakah prinsip yang anda pegang dalam kehidupan anda?
Keaslian. Sentiasa kekal setia kepada diri sendiri dan berpegang teguh kepada nilai anda tanpa menghiraukan tekanan luar.
4. Namakan salah satu trend fesyen kegemaran yang selalu anda gayakan?
Gaya yang minimal dan chic kekal relevan kerana ia merangkumi kesederhanaan dan sofistikated yang tidak pernah ketinggalan zaman. Garis yang bersih, keanggunan yang bersahaja dan fokus pada kualiti berbanding kuantiti memastikan gaya ini kekal relevan dan bergaya dengan mudah, tanpa mengira trend!

5. Any favorite purchase recently? If yes, what it is?
Pembelian terkini yang saya gemari ialah wangian Nouveau Monde daripada Louis Vuitton yang merupakan wangian kegemaran saya.
6. What’s next for Zenia?
Matlamat saya seterusnya adalah untuk meningkatkan produktiviti dan mencapai kejayaan yang lebih besar sebagai pengasas dalam industri fesyen dan kecantikan.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
