GLAM menemu bual Ummi Nasir, pempengaruh digital serta guru kecantikan masa kini yang sering menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana.
Ummi Nasir, nama yang tidak asing di kalangan jurusolek tempatan. Dia yang sebelum ini menyambung pelajarannya di dalam bidang kejuruteraan di Jepun, membuat keputusan untuk menukar bidang kerjayanya dalam dunia kecantikan. Jika dilihat di laman Instagram miliknya, Ummi kelihatan sangat aktif mencipta kandungan kecantikan buat para pengikut dia. Ummi Nasir pada kami adalah antara pempengaruh digital yang banyak menyumbang inspirasi kepada orang ramai.
1- Bagaimana anda mula meminati bidang kecantikan seterusnya menjadikan ia sebagai kerjaya?
Saya mula meminati bidang kecantikan sewaktu melanjut pelajaran di Jepun untuk kursus ijazah kejuruteraan. Di sana, saya sering melihat rakan-rakan sekelas asyik bersolek setiap hari ke kelas. Lalu diri mula timbul rasa ingin bersolek dan tampil cantik seperti mereka. Kalau anda hendak tahu, rata-rata wanita Jepun memang gemar ‘bersiap’ malah cukup bergaya. Itu yang membuatkan saya ingin mengenali lebih mendalam lagi tentang dunia kecantikan.
2- Apakah yang anda rasakan bakal menjadi trend hangat untuk solekan buat tahun 2023 ini?
Solekan mata rona ungu akan menjadi trend 2023. Saya dapati begitu banyak koleksi yang dilancar jenama-jenama hebat pada hujung tahun ini memiliki selitan rona ungu di dalam palet pembayang mata mereka!
3- Antara item cantik yang tidak boleh anda tinggal tatkala keluar rumah?
Gincu bibir! Saya pasti menyimpan tiga hingga empat di dalam tas tangan saya. Senang sekali untuk touch up setiap kali selepas makan!

4- Apakah nasihat kecantikan terbaik pernah anda terima?
Take care of your skin first. Saya setuju dengan pendapat itu. Solekan hanyalah untuk kita enchance kecantikan semula jadi, namun kesihatan kulit wajah adalah yang utama. Dengan kulit yang sihat, anda tidak perlukan solekan yang tebal semata untuk tampak segar dan cantik.
5– Anda punya rutin ke spa? Apakah rawatan spa yang menjadi kegemaran anda?
Tentu sekali! Saya sangat perlukan terutama di kala umur saya sekarang. Rawatan spa yang sering saya lakukan adalah Silk Peel. Ia membantu untuk menyah lapisan kulit mati di samping memberikan hidratan serta-merta pada wajah saya.
6– Tip anda untuk kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari?
Tidur awal dan bangun awal. Jadikan ia sebagai rutin dan harus cukup tidur tujuh hingga lapan jam sehari. Jangan lupa untuk workout di pagi hari, good for your stamina for the whole day. Juga, take a power nap, dan jangan lupa pengambilan supplements.

Gambar: Instagram @makeupbyumminasir
Pautan Berkaitan: Sejenak Bersama Wan Nur Syaira Omar
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
