Wan Nur Syaira Omar, Real Beauty with Real Brain
Sembang Santai Bersama Wan Nur Syaira Omar

Sejenak Bersama Wan Nur Syaira Omar

Wan Nur Syaira Omar, jelitawan juga gadis fesyen Kuala Lumpur, berborak tentang fesyen dan segala kegemarannya.

GLAM kembali menemubual Wan Nur Syaira Omar. A real beauty with real brain. Menjadi bualan ramai kerana gaya peribadinya yang sering menjadi rujukan dan inspirasi ramai. Seorang usahawan juga penggemar seni, ikuti kisah terkini wanita ini.

Temubual dengan Wan Nur Syaira Omar

1. Apakah perkembangan terbaru anda? 

Sekarang ini sedang sibuk mempersiapkan koleksi Raya dan melaksanakan pengaktifan pameran yang seterusnya.

2. Gambarkan diri anda dalam 3 perkataan. 

Fun. Family person. Friendly. 

3. Jenama fesyen kegemaran anda?

Bottega untuk koleksi beg tangan, Miu Miu untuk kasut, dan The Row untuk koleksi ready-to-wear.

4. Apakah trend fesyen yang menjadi kegemaran anda untuk digayakan?

I love me a good blazer. Kebanyakannya blazer jenis oversized. Anda boleh menggayakan begitu sahaja dan menganggapnya seperti blazer dress atau padukan bersama jeans, beg bahu dan kitten heels, terus berubah menjadi chic. Saya boleh katakan saya kini sedang dalam fasa yang gemarkan gaya wanita Perancis. Simple but chic. 

See also
Perunding Fesyen Diraja Victoria Beckham Buat Meghan Markle

5. Adakah anda mempunyai bakat terpendam? 

Tidak tahu ini dianggap sebagai bakat atau tidak, tetapi saya sangatlah tenang apabila menghadapi sebarang krisis. Practice makes perfect I think haha. 

6. Kongsikan rutin harian anda daripada pagi hingga ke malam.

Pagi akan dimulai dengan menguruskan perihal kucing saya, seperti berborak bersamanya. Kemudian, saya akan merancang outfit pada hari itu mengikut mood saya. Setelah itu, terus saya menuju ke dapur untuk menikmati jus hijau kemudian menikmati suasana pagi bersama teman kerja dan rancang hari kami serta berbincang gol.

Setelah bekerja seharian, saya kemudiannya berjalan bersiar-siar pada sebelah petang. Berjalan mampu mengurangkan tekanan kerja yang saya alami. Kemudian sebelah malam, saya akan masak sebelum menghabiskan masa dengan membaca atau menonton Netflix. I’ll start painting during the weekend. 

7. Jika anda diberikan satu hajat, apakah yang anda inginkan? 

I want my parents to live their best life healthily till the end of their days.

See also
GLAM Memori: Dada Herzog Al-Attas

8. Coffee or tea?

Kedua-duanya sekali. Kopi di sebelah pagi, manakala teh pula saya gemar nikmatinya di sebelah petang. 

9. Siapakah idola anda yang anda sanjung untuk menjadikan diri anda yang sekarang? 

Saya tidak punya Sebarang idola. Akan tetapi, orang di sekeliling yang rapat inilah yang memberikan inspirasi kepada saya untuk bekerja dengan bijak, menghormati orang serta sentiasa memberi apa yang kita mampu. Your circle can define you. 


10. Bilakah anda mula menyedari bahawa anda ingin meneruskan kerjaya sebagai usahawan dalam bidang fesyen? 

When I can’t find what I want without it being exactly how I want it to be, I realise that I have to start making it. 

11. Sebagai pemilik perniagaan pakaian, apakah nasihat anda kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sebegitu rupa? 

Perseverance is key. Ianya tidak selalunya mudah. Jika ianya terlalu mudah, maknanya ada sesuatu yang tidak kena kerana kadang-kala cabaran itu adalah sesuatu yang kita perlukan bagi memastikan diri kita sentiasa beringat dan untuk menjadi lebih baik lagi. 

See also
Arca Mendiang Puteri Diana Bakal Dinaikkan Sempena Ulang Tahun ke-20 Pemergiannya

12. Jika anda bukan seorang usahawan, apakah yang berkemungkinan akan anda lakukan sekarang?

Barangkali menjadi seorang akauntan atau economist. It’s what I studied and never pursued haha.

Gambar: Instagram @wannursyaira

Pautan Berkaitan: Millennial It-Girl: YM Puteri Noor Afzan