MOST GLAM: Next Fashion Videographer

MOST GLAM: Next Fashion Videographer

MGNV_LOGO2____
 
Tarikh tutup penyertaan: 31 Ogos 2015
 
Mula diperkenalkan sejak tahun 2003, Malaysia’s Most GLAM dianjurkan sidang editorial GLAM bagi mengiktiraf serta meraikan selebriti, personaliti, sosialit serta individu paling glamor tanah air.
 
Barisan personaliti yang terpilih untuk Malaysia’s Most GLAM akan menjalani sesi penggambaran khas untuk keluaran GLAM edisi November 2015. Selepas itu sebuah acara penuh gemilang bakal dianjurkan bagi memperkenalkan barisan Malaysia’s Most GLAM.
 
GLAM sedang mencari juruvideo fesyen hebat untuk merakam proses kreatif di sebalik penggambaran Malaysia’s Most GLAM. Hantarkan video fesyen berdurasi 1 minit untuk penyertaan dan rebut peluang untuk bekerjasama dengan pasukan terbaik GLAM.
 
Nota:
 
Apakah makna kehidupan GLAM pada anda?
 
Ambil inspirasi dari majalah GLAM dan tunjukkan interpretasi fesyen anda dalam video durasi  1 minit.
 
Sidang editorial GLAM kemudian akan menyenarai pendek 5 video terbaik dan akan diundi menerusi GLAM TV. Kemenangan ditentukan menerusi undian tertinggi.
 
Contoh video:
 

See also
300 Wanita Hollywood Bangkit Menentang Gangguan Seksual

 
Syarat kelayakan:

     

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Terbuka kepada golongan profesional dan amatur.
  • Peserta memiliki hak cipta video yang dihantar.
  • Muzik yang digunakan adalah hasil ciptaan sendiri atau bebas dari hak cipta. Peserta bertanggungjawab untuk memastikan pelepasan hak cipta dalam muzik, gambar serta klip dalam video yang dihantar untuk penyertaan.
  • Peserta perlu memastikan kesanggupan untuk bekerja di luar kawasan dalam tempoh 7 hingga 13 September 2015.
  • Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.

 
Cara penyertaan:
 
1. Klik lanjut ke laman web http://www.veedo.my/glam/

2. Muat naik video anda ke laman perkongsian fail (Dropbox/Google Drive) dengan syarat berikut:

  • Durasi video hendaklah atau pendek daripada 1 minit.
  • Format video: MP4 (H.264)
  • Resolusi & Kadar Bit: 720p – 5Mbps (minima) / 1080p – 8 Mbps
  • Audio: AAC-LC/MP3 Stereo 384kbps

3. Lengkapkan borang penyertaan secara online di laman web Veedo sebelum 31 Ogos 2015.
 

FASHA SandaFasha Sanda, Most GLAM 2013.