Pengering Rambut Pilihan Jisoo - Glam Malaysia

Pengering Rambut Pilihan Jisoo

Pengering rambut Supersonic Nural™ dilabel sebagai alatan paling pintar disebalik teknologi baharu yang melindungi kulit kepala.

Dyson Supersonic

Tahun ini, Dyson terus pantas memperkenalkan alatan penjagaan rambut paling terbaik untuk setiap kegunaan. Baru-baru ini, GLAM secara eksklusif dijemput untuk sesi tertutup buat koleksi baharu, Supersonic Nural™. Jika anda pernah memiliki, koleksi terdahulu fungsinya sama yakni mengeringkan rambut, namun kali ini Supersonic Nural™ lebih fokus kepada penjagaan permukaan kulit kepala disebalik haba.

Dengan penggunaan teknologi baharu, Supersonic Nural™ mempunyai sensor bahary yang digelar time-of-flight. Fungsi sensor ini adalah mengesan kejauhan haba dan rambut. Jika pengering rambut ini makin dekat dengan kulit kepala anda, ia secara automatik akan mengurangkan kehangatan haba. Malah, ia turut dilengkapi dengan mod perlindungan kulit kepala. Mod ini sangat membantu dalam melindungi rambut dan kulit kepala walaupun anda sedang menggeringkan rambut.

Dyson

Dyson amat peka akan penjagaan rambut yang sihat, kerana kebanyakkan alatan rambut tidak mempunyai sensor yang melindungi keseluruhan kulit kepala dari kerosakan berpanjangan. Kegunaan Supersonic Nural™ baharu ini juga meningkatkan pengalaman penggayaan dengan meningkatkan kilauan rambut dan mencegah kerosakan haba. Juga untuk melengkapi harian anda, koleksi terkini Supersonic Nural™ hadir bersama aksesori rambut tambahan sesuai untuk kegunaan semua jenis rambut dan mempunyai label senang untuk anda melakukan penggayaan rambut dengan cepat.

See also
Kontur Wajah Kembali Tegang Dan Berseri Hanya Dengan Satu Minggu

Lampiran baharu dan dipertingkat, yang memenuhi semua jenis rambut, dilengkapi dengan pengecaman lampiran, yang mempelajari keutamaan penggayaan pengguna dan memudahkan rutin mereka untuk pengeringan yang cepat dan sihat tanpa kerosakan haba.

Dyson

Apa yang membuatkan GLAM suka akan Supersonic Nural™ baharu ini adalah fungsi pengesanan PAUSE setiap kali penggunaan dan mod perlindungan kulit kepala yang dikurangkan dan dikekalkan pada 55°C. Suhu yang optimum untuk keselesaan kulit kepala dan kelajuan yang terbaik. Supersonic Nural™ ini juga menggunakan sensor lampu LED sebagai petunjuk. Jika dalam mod Scalp Protect, warna lampu LED akan bertukar secara automatik antara kuning (haba rendah) kepada oren (panas sederhana) dan merah (haba tinggi). Ia bergantung pada jarak dari kepala anda.

Pautan berkaitan Dyson Airstrait™ Straightener Kini Di Malaysia

Supersonic Nural™ baharu ini tersedia dalam dua palet warna terkini yang baharu lagi berani seperti Ceramic Patina dan Topaz atau Vinca Blue dan Topaz yang hanya boleh didapati secara eksklusif di butik rasmi Dyson. Alatan pengering rambut ini boleh didapati dengan harga RM2,399 termasuk lima aksesori tambahan.

See also
Sleek On Fleek At BAFTA Awards 2020