Dyson Airstrait™ Straightener Kini Di Malaysia - Glam Malaysia

Dyson Airstrait™ Straightener Kini Di Malaysia

Dari basah ke kering bersama udara, Dyson Airstrait™Straightener kini berada di Malaysia dan menemui solusi terbaik dalam melindungi rambut.

Nak pakai alat pelurus rambut tetapi risau rambut makin rosak dan kering. Masalah anda kini selesai kerana Dyson akhirnya memperkenalkan alatan rambut baharu yang kini menemui solusi terbaik dalam melindungi kulit kepala.

Dyson

Dyson Airstrait™ ini memperkenalkan cara baru untuk meluruskan rambut daripada basah hingga kering dengan teknologi udara. Tiada lagi menggunakan plat pemanas dan bebas kerosakan haba.  Cara ini memudahkan dalam pergerakan meregangkan dan meluruskan pelbagai jenis rambut daripada basah. Aliran udara fokus kepada proses menggeringkan dan meluruskan secara serentak walaupun rambut basah.

Dengan kehadiran teknologi terkini, Dyson Airstrait™ memudahkan penggunaan dengan tanpa memerlukan tenaga yang banyak untuk meluruskan rambut. Rambut terlurus secara semula jadi dengan aliran bilah udara secara tekanan tinggi yang dilakukan secara serentak. Dengan kepakaran Dyson sejak 25 tahun lalu, ini membolehkan Dyson Airstrait™ mencapai kejayaan sebagai pelurus rambut basah hingga kering yang pertama tanpa penggunaan plat pemanas dan tiada kerosakan haba.

See also
Kekal Remaja dengan Tenaga Ginseng

 

Aliran udara yang terhasil dua bilah udara ke bawah berkelajuan tinggi diunjurkan pada sudut 45 darjah agar jet udara terfokus dan mudah dikawal. Aliran udara ini membantu menyelaraskan helaian rambut lebih kemas, licin dan berkilat.

Sains di sebalik penggayaan

Dyson telah mengkaji secara terperinci segala-galanya daripada struktur rambut, kepada dinamik aliran udara sambil memahami kerosakan haba, mekanikal dan kimia dan kesan seterusnya terhadap kesihatan rambut. Pelurus Dyson Airstrait™ dikuasakan oleh motor Hyperdymium™ iaitu direka bentuk khusus untuk menjadi nadi teknologi Penjagaan Rambut Dyson. Ia kecil, ringan dan cukup kuat untuk menjana aliran udara yang diperlukan untuk mengeringkan dan meluruskan rambut basah secara serentak.

Seperti rangkaian penjagaan rambut Dyson yang lain, pelurus Dyson Airstrait™ menyertakan ciri kawalan haba pintar. Termistor manik kaca mengukur suhu aliran udara sehingga 16 kali sesaat untuk mengelakkan kerosakan haba dan melindungi kilauan semula jadi rambut. Data ini dihantar ke mikropemproses yang mengawal elemen pemanasan, memastikan aliran udara tidak melebihi suhu yang diperlukan.

See also
6 Rahsia "No Make-Up Look"

Pelurus Dyson Airstrait™ kini boleh didapati di Malaysia di www.dyson.my dan kedai Dyson Demo, berharga RM2,599.

Artikel berkaitan 3 Rahsia Rambut Cantik Duta Dyson Terkini, JISOO Blackpink