Kecantikan yang menyerlah dan wawasan perniagaan yang kukuh, itulah gambaran ringkas mengenai Chryseis Tan, pewaris kepada empayar perniagaan Berjaya Group yang terkenal di Malaysia. Menerusi sesi Sembang Cantik Chryseis Tan ini anda akan ketahui perihal pengasas jenama kecantikan Lumi ini.
Dalam sesi temubual eksklusif ini, GLAM menyelami rutin kecantikan Chryseis Tan, pengasas jenama kecantikan Lumi dan mengenali lebih dekat tentang perjalanan hidupnya yang penuh inspirasi serta pandangannya tentang dunia kecantikan dan gaya hidup kontemporari.
1. Apakah produk kecantikan wajib yang Chryseis Tan miliki?
Produk kecantikan yang wajib anda miliki dan di bawa ke mana-mana sudah semestinya, sunscreen untuk mencegah penuaan pramatang seperti kedutan dan bintik-bintik hitam.
2. Sembang Cantik Chryseis Tan: Apakah produk kegemaran Chryseis dari Lumi yang peminat boleh cuba?
Antara produk kegemaran saya dari Lumi ialah Cica Calming Moisture Mask kerana ia dibuat dengan sempurna untuk kulit sensitif dan mampu memberikan kulit anda keselesaan daripada kemerahan dan kerengsaan.
3. Jenama Lumi semakin dikenali saban hari, apa yang Chryseis ingin ucapkan buat semua peminat Lumi yang menyokong sepanjang perjalanan ini?
Saya ingin mengucapkan terima kasih buat anda semua yang menyokong Lumi dan kami berada di tahap sekarang kerana anda tidak putus memberi sokongan buat kami. Thank you for loving our products!