Gambar: INGimage
Setiap kali terbang untuk bercuti mahupun bekerja, apa yang selalu dititik beratkan hanyalah persalinan ketika di negara orang. Awal-awal lagi sudah semak keadaan cuaca di sana untuk membawa baju yang bersesuaian. Namun begitu, perihal penjagaan kecantikan ketika di luar negara pula sering dipandang remeh. Tidak seharusnya begitu kerana anda sendiri tahu perubahan cuaca dan waktu tidur boleh menjejaskan kulit. GLAM senaraikan beberapa tip kembara cantik yang boleh diamalkan tika bertandang di negara orang.
1. Sesetengah orang merancang untuk membeli produk kecantikan di negara yang mereka lawati kerana bimbang ia tertumpah di dalam bagasi seterusnya mengotorkan baju. Jangan terkejut jika produk yang selalu diguna di negara sendiri tidak dijual di negara orang. Oleh itu, sediakan produk kecantikan travel size yang lebih praktikal untuk kegunaan diri.
2. Masukkan beberapa produk kecantikan yang penting seperti pelembap muka dan bibir yang kurang daripada 100ml di dalam hand luggage kerana durasi penerbangan yang panjang boleh membuatkan kulit menjadi kering.
3. Jangan menggunakan kanta lekap ketika menaiki kapal terbang. Ini akan menyusahkan anda untuk tidur dan membuatkan mata cepat kering. Penitis mata adalah produk yang harus ada di dalam bagasi tangan.
4. Sebelum menaiki pesawat, lebih baik sekiranya rambut dibiar bebas daripada segala produk kerana bahan kimia yang dibiar terlalu lama pada rambut boleh merosakkan.
5. Memandangkan perjalanan yang panjang, seelok-eloknya tidak mengenakan apa-apa solekan untuk mengelakkan pori-pori kulit ditutup yang boleh menjadi penyebab utama skin breakout.
Artikel Berkaitan
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Bold Eyes Atau Bold Lips? Ketahui Bila Masa Yang Sesuai Untu...
15 Langkah Penjagaan Tangan, Perlu Atau Berlebihan?
Pat McGrath Mentafsir Semula Pensel Bibir Untuk Louis Vuitto...
Mitos Atau Fakta, Minuman Kolagen Buat Kulit Flawless?
Pilihan Bacaan Seterusnya
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Gaya Kimono Naomi Osaka Curi Tumpuan Di Wimbledon 2026
Pelakon Lelaki Rom-Com Yang Tampan Pilihan GLAM
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
