Pilihan Jisoo Gincu Ikonik Dior Addict - Glam Malaysia

Pilihan Jisoo Gincu Ikonik Dior Addict

Dior Addict menemui fasa baharu bersama tambahan warna yang memukau pandangan dan gabungan formula terbaik. Gincu ikonik melalui episod baharu lebih bersinar berbanding biasa.

Dior Addict

Peter Philips, Direktor Kreatif dan Imej untuk Dior Makeup mengembalikan kemasyuran Dior Addict pada 2022 dengan menjadikannya sebagai aksesori fesyen yang pertama. Ianya mencetus kegemilangan tersendiri sehingga digelar ikonik kerana bentuk gincu berinspirasikan rumah fesyen Dior. Edisi baharu ini masih berkonsepkan boleh diisi semula dan boleh ditukar ganti. Kandungan formula sebanyak 90 peratus ramuan semula jadi, 10 warna baru diperkenalkan dalam memenuhi seleksi esensi warna terkini.

Dior Addict

Menerusi hasil kajian makmal Dior, gincu ini merupakan yang pertama bertekstur sinar dan formulanya direka daripada floral lip care. Kemasan ultra-shine ini menyakinkan ketahanan enam jam pemakaian dengan warna intensif serta pigmentasi optimum ini menyerlahkan bibir. Formula yang terkandung dalam Dior Addict mempunyai keseimbangan antara gincu bersinar dan penjagaan bibir. Peter Philips mencipta 10 warna baharu yang diinspirasikan daripada warna rumah fesyen Dior yang ikonik. Antara yang menarik seperti Dior Vibe 412 ilham warna mewah nude dan rose beige. 566 Peony Pink memanggil warna merah jambu sebagai pilihan. 521 Diorelita serlahkan warna rosewood. Untuk warna yang lebih feminin, merah untuk 758 Lady Red dan 822 Scarlet Silk serlahkan bibir mungil.

Generasi baharu mendominasi kempen Dior Addict. Wajah terkemuka Anya Taylor-Joy dan Jisoo menyerlahkan kempen ini dengan personaliti unik dan riang. Personaliti dua individu ini sangat berkarismatik dan melambangkan wanita moden yang gemarkan sesuatu yang baru dalam kehidupan harian mereka. Tenaga dan gaya feminin versatile dua wanita seperti bersatu di dalam kempen terkini.

Artikel berkaitan Dior Addict Cipta Fenomena