Tiru Dandanan Ikonik Puteri Diana!

Selang beberapa hari lagi, genaplah 20 tahun peninggalan Puteri Diana, puteri kesayangan rakyat marhaen di seluruh dunia. Walaupun beliau sudah lama meninggalkan kita semua, namun terdapat suatu perkara yang masih termiang-miang apabila berkata tentang Puteri Wales itu — kejelitaannya. Masihkah anda ingat akan penggambaran ikonik Puteri Diana bersama majalah Vogue suatu ketika dahulu? Terserlah kecantikan naturalnya yang tiada bandingan, bukan?
Jurusolek peribadi beliau, Mary Greenwell telah bersama pengarah kreatif Lancôme, Lisa Eldridge buat sebuah video khas tentang gaya-gaya persolekan Puteri Diana dikala tahun 90an yang sehingga kini kian menjadi panduan mekap-mekap ala natural. Mary ketengahkan 8 tips akan look bersinonim rupawan itu!
1. Lip balm
Mary syorkan untuk bermula dengan pelembap bibir. “Saya sering lakukan ini kerana jika anda ke bibir kemudian, ia akan menjadi kering.”
2. Pembayang mata
Mary gunakan pembayang mata berona lembut, perang halus bagi memberikan ilusi tenang apabila disandarkan akan kebiruan mata Puteri Diana. “Saya ingin menjauhkannya dari liner biru yang sering digunakan kepada sesuatu yang lebih sesuai dengannya — but never too much. Ia sememangnya buat beliau kelihatan jelita dan manis,” katanya.
3. Teknik blending
Mengikut Mary, aplikasi warna bersama berus blending yang baik merupakan langkah penting buat gaya no makeup-makeup look ini.
4. Eyeliner perang
“Saya tidak mahu beliau kelihatan seperti sedang memakai liner,” jelas Mary. Rahsia beliau? Suramkan eyeliner perang di garisan bulu mata, dan kemudian blend bersama putik kapas.

5. Pembayang mata perang muda
Untuk mendefinisikan bahagian mata, Mary sering gunakan pembayang mata perang muda di garisan bulu mata bawah. “Buat Puteri Diana, saya jarang gunakan pensil kerana kami berdua mahukan gaya liner yang halus sahaja.”
6. Maskara
“Puteri Diana dianugerahkan dengan bulu mata yang begitu cantik! Saya tidak pernah sesekali pun pakaikan yang palsu buatnya,” kata Mary. Namun demikian, Mary akan gilapkan maskara di akar terlebih dahulu, kemudian sapukan di bucu sebelum melengkapkannya dengan satu lagi kot tambahan.
Jurusolek itu juga akan gunakan maskara sedikit di bulu mata bawah. “Saya gemarkan bulu mata beliau untuk kelihatan tebal, tetapi buat bahagian bawah, saya mahukannya kelihatan halus dan terurus,” katanya.
7. Contour
“Usah contour,” tegas Mary. “Buat Puteri Diana, saya tidak perlu gunakan gaya contour kerana struktur mukanya sudah menawan… Namun, beliau senang akan kelihatan sedikit tan.” Sebaliknya, Mary gunakan sedikit bronzer di garisan rambut untuk memberikan ilusi suam kepada rona kulit Diana dan di bahagian sisi mukanya buat efek slim.
Mahukan tips lanjut? Lihat sahaja video di bawah!
Artikel Berkaitan
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Bold Eyes Atau Bold Lips? Ketahui Bila Masa Yang Sesuai Untu...
15 Langkah Penjagaan Tangan, Perlu Atau Berlebihan?
Pat McGrath Mentafsir Semula Pensel Bibir Untuk Louis Vuitto...
Pilihan Bacaan Seterusnya
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Prekuel Elle Woods Sebelum Dia Menjadi Ikon!
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang Tepat!
Datin X: Datin Berangan Dengan Barangan Pinjam
Restoran Jepun Di Klang Valley Yang Wajib Anda Kunjungi!
Cedok Gaya Corak Plaid Daripada Bintang Terkenal
Pameran Terbesar Cartier Di NGV Melbourne Winter Masterpieces 2026
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
