Related Stories
5 Wangian Oud Wajib Dimiliki untuk Lebaran 2026
Lebaran kali ini, aura glamor bukan sekadar terletak pada busana atau perhiasan, tetapi ia turut hadir melalui wangian yang memukau. Dipakai laksana permata dan meninggalkan jejak harum sebagai legasi, wangian Oud lebaran 2026 tampil menjadi pelengkap gaya yang eksklusif.
Nota harum Oud mendapat aroma ikoniknya daripada resin wangi yang dihasilkan oleh pokok gaharu yang terjejas. Bahan mentah ini amat jarang ditemui dan proses ekstraksinya kompleks, menjadikan wangian Oud sebagai simbol kemewahan dan keistimewaan.
Ini 5 wangian Oud wajib dimiliki!
Pada Raya 2026, biarkan setiap langkah anda diiringi keharuman Oud yang memikat dan meninggalkan jejak glamor yang abadi. GLAM menyenaraikan 5 wangian Oud yang wajib dimiliki untuk lebaran 2026.
Maison Francis Kurkdjian Oud Eau de Parfum

Haruman ini dicipta daripada kayu Oud paling berharga, sekaligus memancarkan aura karisma. Nota harum cedar dan patchouli membuka dialog sensual di atas kulit, menyalurkan kehangatan dalam setiap titisan. Menggabungkan timur dan barat serta sesuai dipakai oleh kedua jantina, wangian ini berempah, menenangkan dan mempesona.
Versace Pour Homme Oud Noir Eau de Parfum
Ia menampilkan aura Oud oriental-woody yang maskulin dan penuh misteri, diracik khas untuk lelaki berkeyakinan tinggi. Nota pembuka yang berani seperti lada hitam, oren pahit dan neroli memberi kesan pertama yang segar dan tajam. Di tengahnya, safron, cardamom dan olibanum menyulam aroma rempah mewah yang sensual dan mendalam. Di dasar, Oud, patchouli dan leatherwood membentuk jejak haruman yang elegan. Wangian ini menonjolkan kilau sensual dan karakter yang menawan, sesuai untuk didandankan sewaktu Lebaran 2026.
Elie Saab La Collection Essence N°4 Oud

Membawa intipati Oud dengan keanggunan yang tersendiri, ia disulam untuk individu yang menghargai kehalusan haruman mewah. Dicipta oleh Lebanese pereka fesyen Elie Saab bersama kolaborasi perfumer Francis Kurkdjian, wangian ini menghasilkan aroma elegan yang segar namun tetap terasa eksklusif dan memikat. Tahan lama dan memiliki sillage yang halus, ia meninggalkan jejak aroma semerbak di setiap langkah sewaktu menyambut Aidilfitri.
Tom Ford Oud Wood

Gabungan kayu eksotik dan smoky termasuk eksklusif Oud, sandalwood, rosewood, rempah Timur dan amber dapat menyalurkan aura kekayaan dan pesona. Aroma Oud menyulam aura misteri dan keanggunan ini adalah pilihan ideal untuk merayakan momen istimewa bersama yang tersayang. Setiap titisan meninggalkan jejak glamor yang hangat dan eksklusif sepanjang Raya 2026.
Gucci Intense Oud

Gucci Intense Oud hadir sebagai aroma yang menggabungkan nota harum Oud memadukan buah-buahan seperti Raspberry dan Pear. Ia menawarkan harmoni yang sempurna antara wangian Oud berempah dan aura mewah yang sesuai digayakan sewaktu majlis istimewa seperti Lebaran 2026.
Artikel berkaitan: Wangian: LIBRE BERRY CRUSH, Meraikan Kebebasan
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.


