WANGIAN: LIBRE BERRY CRUSH, Meraikan Kebebasan
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan ed...
Read Full BioInterpretasi fruity floral pertama daripada YSL Beauty yang menyuntik dimensi baharu pada haruman ikonik LIBRE.

Kebebasan sentiasa menjadi nadi kepada legasi Yves Saint Laurent yang berani melawan arus, bereksperimen tanpa batas dan meraikan sensualiti wanita dalam bentuk paling autentik. Falsafah itu kini diterjemahkan dalam bab terbaharu keluarga LIBRE menerusi pelancaran LIBRE BERRY CRUSH Eau de Parfum oleh YSL Beauty.
Sebagai variasi pertama yang mengetengahkan karakter fruity floral, BERRY CRUSH hadir dengan suntikan raspberry ranum yang juicy dan memikat. Jika LIBRE klasik dikenali dengan kontras lavender segar dan bunga oren sensual, edisi ini pula memecahkan monotoni dengan ledakan buah yang tangy, manis dan sedikit sentuhan playful faminity. Ia adalah gambaran wanita moden yang berani menikmati hidup sepenuhnya tanpa kompromi.
Dicipta oleh Master Perfumer tersohor, Anne Flipo dan Carlos Benaïm, komposisinya menyatukan raspberry Perancis bersama lavender dari Perancis dan bunga oren dari Maghribi. Raspberry dipilih kerana sifatnya yang ceria serta sensual, memberi sentuhan muda dan berani pada struktur floral ikonik LIBRE. Wangian ini kemudian dilembutkan dengan akord kelapa berkrim, sebelum diperkaya dengan ekstrak vanila Bourbon dari Madagascar yang menambah kehangatan gourmand yang adiktif.
Hasilnya adalah keseimbangan antara manis dan sofistikated. Ia membuka dengan kesegaran buah yang menggoda, berkembang menjadi jantung floral yang elegan dan akhirnya meninggalkan jejak hangat yang memeluk kulit dengan penuh keyakinan. Sweet yet bold, satu refleksi jelas wanita LIBRE yang sentiasa mahukan lebih.
Dua Lipa Sebagai Wajah Kempen

Sebagai wajah global haruman ini, Dua Lipa kembali menghidupkan naratif kebebasan dalam kempen visual arahan Diana Kunst. Visual yang dramatik dan puitis, dengan rona merah beri yang menyerlah, mencipta suasana sensual yang artistik. Ia meraikan perspektif female gaze yang menggoda dengan cara yang berkelas dan penuh ekspresi diri.
Rekaan botolnya pula kekal sebagai simbol couture moden. Siluet kaca berinspirasikan tuxedo kini disaluti rona merah beri yang vibran, satu penghormatan kepada keberanian warna yang sering diraikan oleh Saint Laurent. Logo Cassandre emas yang melintang tampil megah seperti aksesori perhiasan, manakala potongan kaca berbentuk V dan penutup hitam senget menyuntik sentuhan asimetri yang edgy dan kontemporari.
LIBRE BERRY CRUSH bukan sekadar haruman baharu. Ia melambangkan wanita yang bebas menjadi diri sendiri. Berani serta penuh keyakinan.
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
