Related Stories
Dior Addict Cipta Fenomena
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioPenuh berseri-beri bab rama-rama terbang bebas di udara. Dior Addict 2022 hadir dengan ilham terbaru yang telah direka kembali oleh Peter Philips.

Inspirasi kebebasan wanita tanpa kompromi malah lebih bersinar dari sebelumnya mengajak wanita membuka lembaran baharu. Koleksi gincu Dior Addict punya keistimewaan dan legasi tersendiri. Untuk meraikan kembali kegemilangan ini Peter Philips dan Dior bersatu dalam mencipta formulasi terbaru dalam menggunguli kesan kilauan berpanjangan dan hanya dihasilkan menerusi intipati semulajadi sebanyak 90 peratus yang juga dilengkapi dengan formula penjagaan bibir. Hampir 200 kali percubaan selama dua tahun dilaksanakan untuk mencari formula tepat dalam mengekalkan hidrasi selama 24 jam dan efek sinar selama enam jam pemakaian. Antara highlight ramuan terbaru kali ini adalah bunga Jasmine yakni pilihan bunga kegemaran Christian Dior dengan menggunakan teknik Jasmine Wax yang menganduni fatty acid. Efek ini membantu melembapkan bibir dan beri kesan keselesaan. Minyak Plum pula sebagai esensi dalam mengekalkan kelembapan selama 24 jam. Gabungan formula ini cetus pengalaman luar biasa dengan tekstur lightweight.

Sebanyak 40 pilihan palet warna terhasil berdasarkan ilham klasik dan ciptaan asli iaitu Dior 8 yakni rona merah terang lambang ultra-trendy dan nombor bertuah untuk rumah fesyen Dior. Setiap palet warna ini menonjolkan keperibadian wanita serta personaliti mereka lebih bersinar jelas.Menurut Peter Philips, “ Dengan barisan gincu Dior Addict baharu ini menyasarkan kecemerlangan dalam rekaan, warna dan tahap kilauan. Malah, bingkisannya pula terinspirasi daripada pentas peragaan Dior.This is Dior, addicted to beauty, fashion and shine at its fullest!”
Artikel berkaitan Dior La Mousse OFF/ON Bersih Kesan Solekan Dengan Efektif

Di sebalik kelongsong mewah lacquer bersama efek black vinyl yang dilengkapi dengan logo Dior adalah memberi penghormatan kepada Avant-Garde. Malah, keunikan Dior Addict 2022 hadir dengan konsep refill yang membolehkan anda memilih kelongsong mengikut musim atau koleksi couture yang diilhamkan istimewa. Kempen #SHINEATATTITUDE menampilkan tiga ikon wanita yang berjiwa penuh feminin, ekspresi tersendiri dan hebat dalam dunia masing-masing. Aktres terkenal Anya Taylor-Joy, penyanyi K-Pop terkenal BLACKPINK, Jisoo dan ikon fesyen generasi baharu dan pelukis , Sharon Alexie bangkit dalam personaliti unik dan menyerlahkan personaliti wanita bersinar dan bebas. Kempen ini oleh jurugambar Liz Collins.
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
