The Alchemist Garden 1921 Ilham Ikonik - Glam Malaysia

The Alchemist Garden 1921 Ilham Ikonik

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dedikasi khas dalam meraikan ulang tahun Gucci yang ke-100. The Alchemist Garden 1921 Eau de Parfum adalah cerminan kod moden nan bersifat timeless.

KOLEKSI LENGKAP THE ALCHEMIST GARDEN
KOLEKSI LENGKAP THE ALCHEMIST GARDEN

Nota aroma istimewa yang menusuk kalbu menerusi 1921 Eau de Parfume adalah hasil kombinasi bunga Neroli khas yang diadunkan bersama buah Limone Cedrato segar dari Florence. Menariknya buah ini dipetik kota asal di mana rumah fesyen Gucci dilahirkan, ianya ibarat memberi penghormatan buat momen cukup indah.

Barisan The Alchemist Garden menyaksikan setiap ramuan yang dipilih punya kelebihan dan uniknya tersendiri. Hingga terbit aroma yang memukau jiwa. Setiap koleksi direka dengan teknik kombinasi luar biasa. 1921 Eau de Parfum ini turut menerima sentuhan yang sama idea asal oleh Master Perfumer Alberto Morillas dan Direktor Kreatif, Alessandro Michele.

HARUMAN EKSLUSIF 1921 EAU DE PARFUM
HARUMAN EKSLUSIF 1921 EAU DE PARFUM

Percikan aroma segar penuh mewah

Biasan nota aroma bunga Neroli yang melalui penyulingan wap terbit aroma manis bunga. Ianya seperti melengkapi koleksi The Alchemist Garden 1921 Eau de Parfum. Di sebalik kehijauan bunga Neroli teradun kemas bersama kesegaran Limone Cedrato. Ramuan segar segera berbanding buah Lemon. Menambahkan lagi intensiti dan ketahanan bau, nota Oakmoss sebagai pelengkap abadi. Haruman 1921 EDP ini bersifat genderless untuk semua musim.

MEWAH BERAROMA SEGAR NAN MANIS
MEWAH BERAROMA SEGAR NAN MANIS

Rekaan kelalang mewah 1921 EDP ini diilhamkan daripada balang vintaj yang terdapat di rak kayu lama Apothecary, seperti balang lama yang dijadikan ramuan utama pembuat wangian zaman dulu kala. Bentuk kelalang 1921 EDP ini direka dengan kaca hijau lutsinar (warna hijau merupakan rona utama Gucci).Lebih kemas dengan sentuhan eksklusif bersama tulisan logo Gucci dalam rona emas. Dihiasi pula dengan simbolik bunga tanda kekuatan yang kekal tiada pengakhiran. Sebagai pembungkusan terakhir, kelalang mewah terletak indah di dalam kotak berina hijau di samping logo Gucci berona emas dan rekaan khas The Alchemist Garden.Koleksi istimewa ini sudahpun berada di pasaran dan anda boleh dapatkan di butik Gucci Beauty, KLCC sehingga Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan.

Artikel berkaitan Gucci Beauty Tonjolkan Mood 80-an Untuk Kempen Bedak Asas Pertamanya

The Alchemist Garden 1921 Eau de Parfum
The Alchemist Garden 1921 Eau de Parfum

POST A COMMENT