Gucci Beauty Tonjolkan Mood 80-an Untuk Kempen Bedak Asas Pertamanya - Glam Malaysia

Gucci Beauty Tonjolkan Mood 80-an Untuk Kempen Bedak Asas Pertamanya

Mood era 1980-an menjadi nadi utama untuk kempen terbaru Gucci Beauty yang mana buat perta kalinya label kosmetik ini memperkenalkan foundation. Kempen untuk bedak asas ini diserikan dengan kemunculan Lily Juliette Gavin. Menerusi kempen ini label kelahiran Milan ini mahu semua orang berbangga dengan penampilan mereka sendiri. Kempen ini disempurnakan oleh jurugambar Mark Peckmezian. 

Gucci Beauty Tonjolkan Mood 80-an Untuk Kempen Bedak Asas Pertamanya

Bedak asas Gucci Beauty ini dicipta dengan sifat universal bila mana ia dicipta sesuai untuk lelaki dan perempuan dan apa jua jenis kulit. Dinamakan sebagai Fluide De Beaute Fini Naturel, bedak asas ini menawarkan litupan penuh bagi anda yang mahu menyamar cela. Walaupun ia mampu menyembunyikan ketidaksempurnaan kulit namun tidak bermaknan teksturnya berat dan tebal. Dengan formula ‘buildable’ anda bebas menentukan hasil yang anda mahukan, hendak litupan yang nipis mahupun tebal.

Apa yang membuatkan bedak asas ini lebih menarik ialah bedak asas ini dicipta dengan tekstur yang mampu membuatkan ketidaksempurnaan  kulit seperti kesan jerawat seakan-akan pudar dan tidak jelas. 

See also
Most GLAM 2021: Nelydia Senrose

Klik: Idea Solekan Tahun Baharu

Gucci Beauty Tonjolkan Mood 80-an Untuk Kempen Bedak Asas Pertamanya

Seperti apa yang dicanangkan Oleh Gucci Beauty, Fluide De Beaute Fini Naturel juga tahan sepanjang hari dan tidak membuatkan kulit berasa tidak selesa serta tidak berminyak. Jika mahu hasil yang lebih natural, ramai jurusolek profesional menyarankan kita menggunakan jari. Tapi bukankah mekap itu sesuatu yang menyeronokan jadi tiada undang-undang atau batas tertentu untuk sesiapa berseronok dengannya. Tidak salah jika anda lebih selesa menggunakan beuaty blender, span mahupun berus. 

Gucci Beauty Fluide DeBeauté Fini Naturel-Natural Finish Fluid Foundation hadir dalam 25 ton dan dijual pada harga RM245. Sudah mula dijual di butik Gucci Beauty pada 21 Disember 2020.

Klik: Solekan Mata Jadi Fokus 2021