Rambut Sihat Tak Bercabang

Rambut Sihat Tak Bercabang

Beautiful woman at sea Gambar: INGimage

 
Wanita bukan sahaja sentiasa menunjukkan minat yang mendalam terhadap penampilan rambut mereka. Dari zaman purba lagi permaisuri dan puteri amat berhati-hati menjaga mahkota mereka dan zaman serba urban hari ini menggunakan beberapa bahan juga produk-produk penjagaan rambut untuk mengekalkan mahkota yang cantik dan beralun. Sayangnya, rambut yang sihat tadi mulai bercabang akibat pendedahan haba dari alatan penggayaan atau daripada matahari atau faktor yang merosakkan seperti pewarna, mengerinting, meluruskan dan rawatan rambut kimia lain.
 
Apa sebenarnya berlaku kepada rambut anda? Hujung rambut anda kehilangan kutiket yang berfungsi sebagai perisai dan menjadikan rambut lemah apabila terdedah kepada faktor-faktor tadi. Beberapa cadangan rambut perlu anda ambil perhatian. Selalunya jika keadaan rambut anda tidak menyenangkan anda disarankan meminta pendapat stylist sebelum membuat sebarang keputusan drastik.
 
1. Pertama sekali, dapatkan potongan jurudandan rambut di salun hanya akan memotong hujung rambut anda yang rosak. Jika tidak di trim, rambut bercabang akan bergerak ke hadapan dan akan menjejaskan panjang rambut anda.
 
2. Satu lagi perkara yang harus anda ingat, selain daripada rawatan hujung rambut, elak memberus rambut ketika sedang basah. Lakukan sebelum membasuh dengan menggunakan sikat bergigi luas.
 
3. Dan ketiga, usah memanas kering rambut anda kerana haba adalah salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kerosakan rambut.
 
4. Campuran madu dan minyak zaitun yang sama dikatakan berkesan merawat rambut bercabang. Urut kulit kepala anda dengan campuran ini dan pastikan ia disapu diseluruh rambut anda, dari akar hingga ke hujungnya. Biarkan selama kira-kira 50 minit. Bilas rambut, syampu dan sapukan perapi, kemudian bilas. Ulang sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
 
5. Satu lagi penyelesaian diakui hebat merawat isu ini adalah campuran alpukat, tiga sudu besar minyak zaitun dan telur. Sapukan campuran pada keseluruhan rambut anda. Tutupkan dengan topi mandi dan biarkan selama 20 hingga 25 minit. Bilas rambut anda dengan sempurna, syampu dan merapi. Cuba prosedur ini dua kali seminggu dan lihat hasilnya. Rambut kembali terbentuk dan struktur rambut menjadi berkilat dan lembap.
 
6. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami sebarang reaksi dan kesan sampingan berjumpa dengan pakar secepat mungkin. Rata-rata wanita hari ini gemar mendapatkan rawatan rambut di salun sahaja. Pakar rambut di salun lebih arif menentukan rawatan yang mana sesuai buat kulit kepala dan rambut anda!
 
 

POST A COMMENT