fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Dandanan Edgy Baharu Emma Roberts!
Kuku Cat-Eye Fenomena Yang Menyinari Dunia Kecantikan 2025
Buah Gardenia, Manfaat Pencerahannya Diiktiraf Chanel
Rutin Kecantikan Tahun Baru, Tampil “Glowing” Sepanjang 2026
Johnny Depp Kembali Sebagai Wajah Dior Sauvage Cologne
Home > Cantik > Sembang Cantik Bersama Arizona Muse

Sembang Cantik Bersama Arizona Muse

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Model dan aktivis terkenal, Arizona Muse memilih untuk bertukar kepada gaya hidup Vegan sepenuh masa. GLAM cungkil rahsia rambut cantik dia bersama Aveda 

Sepertimana anda lihat tahun 2021 adalah revolusi dalam sustainable beauty. Jenama penjagaan rambut terkenal Aveda kini tampil dengan 100% Vegan untuk setiap koleksi produknya. Sejak 1978, Aveda mula diperkenalkan di Minneapolis jenama ini cukup terkenal dalam ciptaan inovasi teknologi botanikal yang gabungkan elemen moden dan Ayurveda, rawatan kuno India yang hanya menggunakan tumbuhan segar. 

Terbaru Botanical Repair kaya dengan formula tumbuhan dikatakan mampu merawat rambut 5 kali ganda! Bukan sahaja mengurangkan kerosakan pada rambut malah keberkesanan seperti berada di salon professional. Menguatkan rambut sedalam 3 lapis, jelas Camille Sasik PhD, Direktor bahagian Hair Care Research and Development, “ Kajian terhadap Botanical Repair ini mengambil masa 6 tahun  untuk menghasilkan satu formula yang mampu melawan masalah rambut rosak secara menyeluruh  dan menggunakan sebanyak 93% tumbuhan hebat dalam penjagaan rapi rambut seperti Sacha Inchi, Avocado dan Green Tea.” 

Transformasi 100% Vegan buatkan Aveda kini antara jenama penjagaan rambut pilihan ramai, lebih menarik model terkenal Arizona Muse dipilih sebagai duta antarabangsa Aveda, GLAM dekati rahsia model cantik ini mengenai pandangannya tentang penjagaan rapi rambut berasaskan tumbuhan.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse