Natura Bissé Raikan Ulang Tahun Ke-25 Untuk Koleksi Diamond
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioPengalaman gastro-beauty eksklusif sempena sambutan ulang tahun ke-25 Diamond Collection yang ikonik lambang kepada revolusi dalam dunia penjagaan kulit wajah!
Baru-baru ini, GLAM hadir ke sesi eksklusif ‘A Taste of Beauty’ yang memberi bayangan kepada penjagaan kulit bertemu seni kulinari. Di mana setiap tekstur krim, setiap wangian serum, menjadi sesuatu yang boleh anda rasa. Inilah pengalaman yang dibawa oleh TROVE sempena merayakan Ulang- tahun ke-25 untuk koleksi Diamond yang legenda daripada Natura Bissé.
A Taste of Beauty bukan sekadar pelancaran produk biasa. Ia adalah perjalanan multisensori yang merevolusikan cara kita memahami keindahan. Konsep unik ini, yang asalnya dicipta di Sepanyol, kini tiba di Malaysia dengan sentuhan tempatan yang mempesonakan dan meneroka penjagaan kulit melalui perspektif yang benar-benar baharu dan mengujakan.
Di bawah bimbingan Esther Fernández, Pengurus Kawasan Asia Natura Bissé, setiap ruang imersif yang mengaburkan sempadan antara kecantikan dan gastronomi. Pengalaman tiga fasa ini direka khas untuk mendedahkan bagaimana tekstur, haruman, dan proses kimia dalam penjagaan kulit sebenarnya mencerminkan kesenian masakan haute cuisine yang paling halus.
Satu interpretasi gastronomi terhadap Diamond Extreme Cream yang ikonik adalah disajikan sebagai hidangan penutup mascarpone vegan yang boleh dimakan, dipersembahkan dalam balang berlian khas jenama tersebut. Krim penjagaan kulit mewah yang terkenal itu telah diubah menjadi pencuci mulut yang menawarkan pengalaman multisensori yang membuktikan bahawa kecantikan dan rasa boleh digabungkan bersama.
Setiap fasa pengalaman ini mewakili simfoni inovasi, sains, dan keseronokan sensorial yang mencerminkan falsafah teras di sebalik Diamond Collection. Sebuah barisan produk yang terkenal dengan tekstur mewah, bioteknologi canggih, dan hasil transformatif yang memukau. A Taste of Beauty membuktikan ia lebih daripada sekadar acara pelancaran produk. Ia adalah perayaan penjagaan diri yang sebenar, keseronokan yang tidak berkompromi, dan seni menikmati keindahan dalam bentuk paling tulennya. Di dunia di mana self-care semakin menjadi keutamaan, Natura Bissé dan TROVE telah menetapkan standard baharu untuk pengalaman kecantikan yang benar-benar mengasyikkan.
Warisan Barcelona yang Memukau
Dilahirkan di Barcelona, Natura Bissé bukan sekadar jenama penjagaan kulit biasa. Ia adalah manifestasi daripada komitmen mendalam untuk menjaga kulit dan jiwa. Dipandu oleh kepercayaan bahawa kecantikan adalah perjalanan yang sentiasa berkembang, jenama ini menghubungkan inovasi saintifik dengan sentuhan kemanusiaan dengan mencipta formula yang memupuk kecergasan kulit dan kesejahteraan emosi pada setiap peringkat kehidupan.
Memasuki dunia kecantikan melalui sektor spa profesional, Natura Bissé telah membina hubungan mendalam antara produk-produknya dengan tangan mahir pakar estetik di seluruh dunia. Hari ini, dengan lebih 7.5 juta rawatan dilakukan setiap tahun di seluruh globe, warisan spa jenama ini terus membentuk kualiti dan keberkesanan yang tiada tandingan dalam pengalaman penjagaan kulit dan rawatannya. Untuk menandakan 25 tahun Diamond Collection yang ikonik, Natura Bissé meraikan seni penuaan yang anggun dengan formulasi termaju yang merangkumi kecerahan, peremajaan, dan kecanggihan abadi yang tidak lapuk dek zaman.
Artikel berkaitan Jenama Yang Tamatkan Kontrak dengan Kim Soo Hyun Akibat Kontroversi
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
