Clean Product Pilihan GLAM Cantik
5 Pilihan Produk Clean Beauty Terkini

5 Pilihan Produk Clean Beauty Terkini

Tidak dinafikan bahawa clean product kini menjadi sangat penting dalam dunia kecantikan. Semakin ramai yang mencari ketelusan dalam sesebuah produk supaya selamat diguna pakai. GLAM Cantik bariskan 5 item produk yang anda boleh dapatkan hanya di Sephora!

Clean product menjadi satu trend yang sedang berkembang dan ia bukanlah in trend semata-mata. Ianya penuh dengan kebaikan buat para pengguna. Namun, apa yang dimaksudkan dengan clean product ini? Ketelusan dalam sesebuah bahan dimana produk dicipta dengan bahan-bahan yang selamat digunakan. Misalnya, ia bebas daripada bahan paraben, sulfat, minyak mineral dan pelbagai lagi bahan berbahaya lain!

Selain itu, clean product ini juga bukan sahaja selamat buat pengguna, malah ia termasuk dalam kriteria dimana memberi impak baik terhadap planet dan haiwan. Senang cerita, produk mesra alam atau planet positive! Sekiranya anda pernah melihat, sesetengah produk ada mempunyai logo “cruelty-free”. Produk yang dihasilkan tidak diuji pada haiwan dan itu merupakan salah satu produk yang baik!

Jika anda mencari produk yang terdiri daripada ciri-ciri tersebut, Sephora ada mengumumkan kempen “The Clean at Sephora” khas buat penggemar dunia kecantikan! Kempen yang telah berlangsung sejak 2021 ini, memberi inisiatif untuk bantu membuat pilihan yang bijak dalam memilih, meneroka dan mendidik dalam rutin kecantikan.

See also
Produk Penjagaan Kulit Sesuai Untuk Skinimalism

Ini 5 Item Produk Clean Beauty

1. Glow Recipe Strawberry Smooth BHA + AHA Salicylic Serum

5 Pilihan Produk Clean Beauty Terkini

Foto: Sephora

Produk daripada Glow Recipe ini merupakan salah satu clean product yang boleh didapatkan di Sephora! Mengadungi asid BHA dan AHA yang mampu menghalus dan melembutkan kulit serta menangani kewujudan jerawat pada wajah. Serum penjernih ini berkuasa dalam menghaluskan tekstur kasar dan membersihkan pori-pori sambil menghidratkan. Ekstrak buah strawberi yang dirumus dengan 10% Clarity Acid Complex menberi kesan yang menenangkan pada kulit. Semestinya produk ini adalah clean + positive planet!

2. Tatcha The Dewy Serum

5 Pilihan Produk Clean Beauty Terkini

Foto: Sephora

Serum 3-in-1 ini mengandungi bahan-bahan yang bersih dan sangat mesra untuk kulit! Terdiri daripada kompleks proprietari superfoods Jepun seperti teh hijau Uji, beras Akita dan alga Okinawa, adalah sebagai bahan utama dalam produk kecantikan ini. Tiga bahan ini melalui proses penapaian berganda yang menjana tahap tinggi asid laktik sehingga berlaku secara semula jadi. AHA yang lembut pula menggalakkan perolehan permukaan kulit semula jadi, melicinkan rupa garisan dan memperbaiki tekstur pada wajah. Bahan mesra alam lain yang turut digunakan ialah asid hyaluronik yang berasal daripada tebu. Menggebu dan mengekalkan kelembapan kulit dengan clean product yang terbukti selamat untuk anda gunakan!

See also
Kemaskini Rutin Cantik Di Musim Tahun Baru Cina

3. Supergoop Daily Dose Bioretinol + Mineral SPF

5 Pilihan Produk Clean Beauty Terkini

Foto: Sephora

Seperti yang kita ketahui, retinol memang hebat dalam membuatkan kulit tampak muda dan sihat. Namun, apa yang membezakan produk daripada Supergoop ini berbanding yang lain? Produk kecantikan ini merupakan rawatan siang hari, mengandungi retinol yang berasaskan tumbuhan dan mempunyai mineral dengan SPF 40. Berkesan sebagai pelindung matahari dan persekitaran yang menjaga kulit daripada rosak. Tambahan lagi, kulit kekal sihat dan lembut tanpa kerengsaan kerana bahan-bahannya yang dikategori dalam clean product.

4. Fresh Black Tea Advanced Age Renewal Cream

Foto: Sephora

Produk daripada jenama Fresh ini merupakan krim anti-penuaan ringan yang sangat menakjubkan! Produk kecantikan ini tidak mengandungi retinol, namun pelembap muka berprestij tinggi ini berfungsi seakan-akan seperti retinol yang mampu mengurangkan kedutan dan meningkatkan ketegasan kulit. Campuran bahan semula jadi dengan kekuatan seperti retinol iaitu eksklusif ekstrak teh hitam dan daun rambutan sebagai ‘pengambilan segar’. Krim ini sangat berkesan untuk membetulkan tanda-tanda penuaan sambil melembutkan buat semua jenis kulit walaupun yang sensitif.

See also
5 Produk Rambut Hindarkan Bau Kepam Disebalik Hijab

5. Drunk Elephant C-Firma Fresh Day Serum

Sephora

Drunk Elephant kini mencipta serum harian dengan kandungan 15% vitamin C yang mujarab dan sangat stabil. Produk  ini padat dengan antioksidan, nutrien penting dan enzim buah-buahan. Semuanya hebat dalam bekerja untuk mencerah, menegangkan kulit serta memperbaiki tanda penuaan. Dengan vitamin C yang aktif, ia melindungi daripada pencemaran dan kerosakan radikal bebas yang dihasilkan oleh UV. Paling seronok, produk ini boleh menjadi pilihan terbaru dalam rutin kecantikan anda kerana ianya vegan dan bebas daripada minyak pati, silikon, pewangi serta cruelty-free!

Artikel Berkaitan: 3 Clean Product Pilihan GLAM Bulan Ini!