GLAM Kongsi Cara Rawat Kulit Kepala Bermasalah - Glam Malaysia
Kulit Kepala bermasalah

GLAM Kongsi Cara Rawat Kulit Kepala Bermasalah

Jika anda mengalami masalah kulit kepala bermasalah, GLAM sarankan anda untuk mencuba rangkaian terkini daripada Aveda Scalp Solutions, segalanya vegan! 

Setelah mendalami tentang latar belakang jenama ini, saya terus tertarik untuk mendekati koleksi mereka dengan lebih dekat lagi. Saya sudahpun mencuba rangkaian Aveda Scalp Solutions ini dan ia langsung tidak menghampakan. Saya sendiri mengalami masalah kulit kepala yang tiada penghujung. Namun, setelah mencubanya selama seminggu, saya sendiri dapat rasai perbezaannya.

Aveda baharu sahaja melancarkan rangkain terkini yang mengandungi syampu, perapi rambut, serum, juga produk rawatan seperti pupur dan alat urut kulit kepala. Hadir sebagai jenama vegan berkualiti tinggi, anda tidak perlu risau dengan intipati di dalam rangkaian ini. Rangkaian ini berfungsi untuk melawan segala tanda awal kulit kepala daripada menua untuk memberikan hasil rambut yang lebih sihat dan bersinar.

Rawatan Buat Kulit Kepala Bermasalah Pilihan GLAM

Overnight Scalp Renewal Serum daripada Aveda ini memberi manfaat yang cukup luasa biasa. Ia boleh dikatakan sebagai produk ‘star‘ di dalam rangkaian ini. Ini kerana ia memiliki fungsi baik dalam merawat kulit kepala anda sewaktu tidur. Dengan kandungan Biotech semula jadi seperti Lactobacillus yang telah melalui proses fermentasi dan Ectoin ini berfungsi memperkuatkan lagi kulit kepala dan menyokong keseimbangan mikrobiom. Manakala intipati Centella Asiatica dan Andrographis berfungsi melawan tanda penuaan pada kulit kepala dengan melindunginya daripada kesan pencemaran sekaliling. Bukan sekadar itu, ia turut dilengkapi dengan asid hiarulonik yang berfungsi untuk memberi lembapan optima sepanjang hari.

See also
Dari Mata Turun Ke Hati, Palet Warna Gucci Beauty Idaman Wanita GLAM

Serum ini adalah kegemaran saya yang mana saya amalkan setiap malam sebelum tidur. Rasa yang ringan dan selesa apabila disapukan di kepala dan jangan risau, ia langsung tidak meninggalkan rasa melekit. Yang penting, anda juga harus melayan kulit kepala anda sama seperti kulit wajah. Bagaimana anda sibuk menyapu produk penjagaan di wajah, begitu juga pada kulit kepala. Kedua-duanya memerlukan penjagaan rapi.

Satu perkara yang saya sedar setelah menggunakan kesemua produk dalam rangkaian ini adalah rasa dan kenikmatannya seolah-olah baru keluar dari salon rambut. Harumannya yang menenangkan kemudian rasa ‘bersih’ jelas terasa setelah selesai mencuci rambut.

Rutin Menggunakan Aveda Scalp Solutions

Bermula dengan menyah kulit mati menggunakan Scalp Solutions Exfoliating Scalp Treatment (RM230/150ml). Sebelum mandi, saya akan sapukan produk ini pada kulit kepala yang kering. Memiliki tekstur seperti gel ini berfungsi dalam mengurangkan sebum serta menyental kotoran degil dengan formula dan tekstur yang sangat ringan. Biasanya saya akan menggunakan produk ini dua kali seminggu. Produk ini juga sesuai untuk semua jenis rambut dan kulit kepala. Cuma saranan Aveda, buat mereka yang memiliki kulit kepala normal, kering dan rambut berwarna, amalkan sekali seminggu. Namun, buat yang memiliki kulit kepala berminyak, boleh amalkan rutin ini dengan lebih kerap.

Setelah itu, syampu dan perapi adalah rutin yang tidak boleh ditinggalkan saya setiap hari. Selain daripada memiliki kulit kepala bermasalah, saya juga memiliki rambut jenis berwarna serta memiliki peluntur. Gabungan Scalp Solutions Balancing Shampoo (RM170/200ml) dan Scalp Solutions Replenishing Conditioner (RM195/200ml) sudah memadai untuk merawat kedua-dua masalah saya ini. Rambut terasa lebih lembut dan kulit kepala ternyata rasa lebih ringan.

Akhir sekali, saya mengamalkan Scalp Solutions Overnight Scalp Renewal Serum (RM245/50ml) bersama padanan Scalp Solutions Stimulating Scalp Massager (RM150) untuk merawat kulit kepala sepanjang malam. Di tambah pula dengan massager ini, ia amat membantu dalam mengembalikan peredaran darah yang lancar maka serum yang dilayang juga menjadi lebih efektif.

 

Pautan Berkaitan: 7 Makanan Ini Untuk Memperkuat Rambut Anda