Sisley Melengkapi Barisan Megah Phyto-Blanc

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Mencerah dan memutihkan kulit wajah adalah dua perkara yang berbeza. Produk penjagaan kulit adalah perkara yang perlu dititikberatkan, supaya kulit wajah dapat menikmati faedah yang baik tanpa merosakkan kulit secara tidak sengaja. Jenama penjagaan kulit mewah Perancis, Sisley Paris kini melengkapi rangkaian Phyto-Blanc istimewa dengan tiga produk baharu!

BARISAN LENGKAP PHYTO-BLANC

Kulit wajah yang cerah dan sekata adalah kecantikan yang dicari-cari di seluruh dunia. Tetapi bagi sesetengah individu, kulit boleh menjadi kusam dan tidak sekata disebabkan oleh pelbagai gangguan pigmentasi yang disebabkan oleh usia, kerosakan persekitaran dan (atau) faktor gaya hidup. Untuk menemui semula keharmonian kulit yang ideal dan sangat diinginkan penting kiranya untuk bertindak pada bintik-bintik gelap, kejernihan dan parameter kulit.

Sememangnya produk kecantikan yang mampu mencerahkan kulit dapat memberi manfaat kepada ramai individu, tidak kira jenis kulit – dan sama ada mempunyai kulit yang cerah atau gelap. Ramai juga yang menyalahartikan istilah itu sebagai “memutihkan” kulit wajah, walhal sebenarnya adalah lebih tepat untuk membersihkan kulit dari perubahan warna dan memberi hembusan cahaya. Bukan menjadikannya lebih “putih”. Terdapat banyak bahan penjagaan kulit wajah yang mampu mencerahkan kulit secara berkesan tetapi kerana kadar kekuatan bahannya, ia juga berpotensi menjengkelkan epidermis. Untuk mendapatkan hasil pencerahan terbaik tanpa mengambil risiko masalah kulit wajah, penting untuk mengetahui bahan dan faedah sesuatu produk, dan mana yang sesuai buat jenis kulit.

Jenama penjagaan kulit mewah Perancis, Sisley Paris telah menambahkan tiga produk baru ke barisan pencerahan Phyto-Blanc yang pertama kali dilancarkan dengan produk bintang utama – serum Phyto-Blanc Le Concentre. Barisan produk Phyto-Blanc ini dirancang dan diformulasi khas buat menerangi dan meratakan warna kulit wajah sambil meningkatkan cahaya kulit. Produk baru melengkapkan rutin asas seseorang dengan tiga produk baharu, iaitu pembersih wajah Phyto-Blanc La Mousse Brightening Cleansing Foam-in-Cream, losyen Phyto-Blanc La Lotion Brightening Hydrating Lotion, dan pelembap Phyto-Blanc Le Soin Correcting Brightening Moisturizer. GLAM sempat mencuba produk daripada barisan terbaru ini dan menyenarai pendek faedah-faedah dan pengetahuan menarik tentangnya.

POST A COMMENT