Kempen Sephora ‘Unwrap Their Beautiful’ Serba Interaktif 3D - Glam Malaysia

Kempen Sephora ‘Unwrap Their Beautiful’ Serba Interaktif 3D

Kejutan buat anda di musim percutian, Sephora Malaysia memperkenalkan kempen ‘Unwrap Their Beautiful’ menerusi skrin 3D Interaktif terbesar di Kuala Lumpur.

Semangat meraikan musim percutian turut dirasai di gedung kecantikan terkenal, Sephora. Tahun ini, Sephora Malaysia memperkenalkan kempen baharunya, ‘Unwrap Their Beautiful’ yang menjemput setiap individu untuk mengembara secara maya dengan paparan klip video serba interaktif kala meraikan keceriaan musim percutian.

Untuk mencipta pengalaman percutian yang unik, paparan interaktif 3D ini juga boleh didedikasikan kepada insan tersayang terhadap barangan kegemaran mereka di Sephora. Dengan hanya mengimbas kod QR untuk sambungan segera atau menjadualkan pilihan anda terlebih dahulu. Ciri ini mengubah pengalaman yang unik dan berbeza. Bukan itu sahaja, dengan kecanggihan teknologi masa kini, pembeli di Sephora Fahrenheit88 turut boleh temui kejutan hadiah tersembunyi disebalik paparan skrin. Menurut Valerie Foong, Pengurus Besar Sephora Malaysia, “ Terdapat kod QR pengguna yang boleh diimbas dan dibawa ke permainan interaktif. Hanya dengan mengikuti virtual ribbon, dan anda bukan sahaja boleh mengumpul hadiah secara maya tetapi boleh ditukar kepada realiti hanya dengan bertemu dengan Beauty Advisor di kedai.”

Sephora Malaysia

Artikel berkaitan Kempen ‘Better Hair Club’ Inisiatif Terbaru Sephora Asia Tenggara

Pertunjukan interaktif 3D akan dipaparkan pada skrin Elit Pavilion Kuala Lumpur dan skrin LED Curve Fahrenheit88 setiap hari dari 1 Disember 2023 – 1 Januari 2024 jam 8:30 malam (GMT + 8) Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif percutian, lawati Facebook Sephora Malaysia, Instagram atau laman web.