YBhg Puan Anis Nabilla, Sang Jelitawan Penuh Keanggunan

Bual Cantik Bersama YBhg Puan Anis Nabilla

Berbekalkan wajah yang mulus, suara yang lembut dan gerak geri penuh keanggunan, YBhg Puan Anis Nabilla punyai daya tarikan tersendiri.

Personaliti menawan berusia 31 tahun ini juga kakak kepada pempengaruh media sosial terkenal, Arisa Soraya. Sebelum ini, dia mendapat pelajaran di Melbourne, Australia dalam bidang perakaunan. Usai pengajian, dia melangsungkan perkahwinan dengan YM Raja Idris Shah Raja Iskandar Dzurkarnain dan kini dikurniakan cahaya mata berusia empat bulan.

Menurut YBhg Puan Anis Nabilla, dia seorang yang sangat versatil yang mana dia gemar mengembara, bermain sukan lagi-lagi bola sepak dan badminton. Penjagaan tubuh dan kesihatan menjadi keutamaan jelitawan ini, namun jika mempunyai masa terluang, dia lebih gemar bersama-sama anak perempuannya.

Ybhg Puan Anis Nabilla, Jelitawan  Anggun

Berbekalkan wajah yang mulus, suara yang lembut dan gerak geri penuh keanggunan, YBhg Puan Anis Nabilla punyai daya tarikan tersendiri.

1) Apakah memori pertama anda bersama solekan?

Memori pertama saya dengan solekan sebenarnya adalah selepas zaman universiti. Sebelum media sosial, solekan tidaklah begitu besar. Jadi saya pergi ke kelas di universiti tanpa solekan malah saya sendiri tidak pasti apa yang trending. Jadi bagi saya pengalaman pertama saya dengan solekan adalah selepas tamat pengajian dan saya mula bekerja, jadi saya mencuba sendiri solekan.

See also
Gadis Ini Melawan Penyakit Kanser Melalui Solekan

Ada juga satu masa ini saya membantu teman saya di sesi penggambaran produk jadi saya menjadi model untuk dia. Di sini mereka mengenakan solekan pada saya dan saya mula sedar bahawa saya mula suka dunia solekan.

Namun begitu saya avid believer no makeup look. Bagi saya kecantikan semula jadi amat penting jadi saya akan kekalkan gaya hidup yang sihat. Bagi saya anda akan nampak cantik jika anda menjaga kesihatan anda daripada dalam.

2) Tiga peraturan cantik yang anda ikuti

Pertama, bagi saya, kesihatan diri sangat penting. The more you take care of your inner self, it will shine towards your outer self. 

Kedua, less is definitely more. Solekan boleh menyerlahkan kecantikan namun ia tidak seharusnya mengubah anda menjadi orang yang berbeza.

Dan ketiga, bagi saya, jika anda menjadi diri sendiri, hormati orang lain, kekal humble, ini akan menyerlahkan lagi penampilan anda tanpa terlalu mencuba.

3) Jenis wangian yang menggambarkan personaliti anda

Saya gemar mana-mana wangian daripada Tiffany & Co kerana haruman mereka manis dan classy. Ia tidak terlalu bold ataupun floral. Ia satu keseimbangan yang sempurna.

4) Salah faham kecantikan atau wellness yang anda rasa orang luar usah percaya

Saya benar-benar percaya bahawa kita tidak perlu terlalu ikut trend. Maksud saya di sini adalah sekarang ini apa sahaja trend yang viral seperti solekan bronze ataupun solekan latte malah glazed skin seperti Hailey Bieber. Bagi saya tidak semua viral sesuai untuk semua orang.

See also
Pinstripes Membuat Kemunculan Di Atas Runway Untuk Spring Summer 2017

Anda hanya perlu kenali kualiti terbaik anda. Bagi saya jika ada sesuatu tidak sesuai dengan diri saya, it’s okay! You know you don’t have to conform in whatever society is expecting of you. Be original. 

Ada sesetengah orang sesuai dengan bushy eyebrows, ada pula lebih sesuai dengan kening halus ataupun arched. Bagi saya semua orang cantik dengan cara sendiri.

5) Dalam dunia media sosial dan imej filter, bagaimana anda galakkan orang luar menerima diri sendiri seadanya dan kekal body positivity?

Berbekalkan wajah yang mulus, suara yang lembut dan gerak geri penuh keanggunan, YBhg Puan Anis Nabilla punyai daya tarikan tersendiri.

Ia bermula daripada dalam yang mana anda perlu mempunyai mindset yang betul. Saya kenal beberapa orang yang bergelut dengan body image atau body acceptance kerana mungkin mereka don’t feel good inside. Ini kerana mereka tidak jalani gaya hidup yang sihat. Mungkin kerana pemakanan mereka, suplemen ataupun mereka kurang keluar rumah.

Bagi saya perkara-perkara yang mendatangkan pandangan lebih positif pastinya akan mencerminkan luaran malah ianya banyak membantu dalam penerimaan imej tubuh anda. Saya percaya jika anda bekerja keras untuk menjaga dalaman diri, ia akan menonjol di luar. Tidak kira sama ada anda kurus mahupun curvy, jika anda menjaga diri sendiri dengan baik, you will look great regardless.

6) Nasihat tentang kecantikan yang anda mahu turunkan kepada anak perempuan anda

Soalan ini sangat sentimental! Untuk pengetahuan anda, anak saya baru berusia empat bulan jadi dia masih round and chubby. Saya akan nasihatkan dia bahawa kecantikan datang daripada dalam. Apa yang dia perlukan adalah stay to her roots, jadi manusia yang baik, dan be humble. Jika dia amalkan semua ini, tidak kira apa pun yang terjadi, tidak kira trend apapun yang berubah, saya rasa dia akan tetap menyerlah.

See also
Tiru Rutin Penjagaan Kulit Yuna

 

pengarang kecantikan JULIA AZMAN pengarah digital ANIS HANINI

pengarah seni kanan AMIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM

gambar BIBO ASWAN solekan SHIYO JOO rambut CK LIOW

busana DIOR aksesori TIFFANY & CO

 

Artikel berkaitan: 7 Jenis Rehat Setiap Wanita Perlu Tahu, Anda Mahu Yang Mana?