Tip Solekan Lebaran

Tip Solekan Lebaran

Raya 2013Gambar: Arkib GLAM

 
Bila bercakap tentang solekan untuk perayaan, there are no rules. Ia diukur dengan kreativiti, kemasan akhir yang menawan dan yang paling penting sentiasa tampil hebat.
 
Indah Berkilau
Dengan kabus gaya di karpet merah, wanita bukan sahaja berkilauan tetapi anda kelihatan hebat sekali. Satu produk mesti miliki yang akan menonjolkan penampilan anda lebaran ini. Sembur atau oleskan serbuk atau minyak kemilau ini yang diselit aroma berbunga atau apa sahaja yang menjadi kegemaran anda untuk menyerlahkan lagi kulit yang sihat. Dengan zarah begitu halus kulit anda kelihatan sihat, berseri dan bercahaya . Sapukan pada décolleté, kaki dan juga lengan dan pada tapak tangan.
 
Magis Palet
Solekan mata smokey eye sering menjadi kegemaran wanita Asia. Pilih palet pembayang mata yang mengandungi kesemua warna kegemaran anda, maka tidaklah anda menggunakan hanya satu warna sahaja. Selain itu, anda boleh mencuba pembayang mata metalik plum sesuai buat solekan malam dan tatarias natural dan dewy sesuai buat siang hari.
 
Colour Crush
Manjakan diri anda dengan pembelian gincu terbaru berserta rona yang tidak pernah dipakai sebelum ini. Melengkap penampilan di hari lebaran dengan formulasi berkhasiat untuk bibir anda. Jangan lupa salap bibir untuk mengelak dari bibir kering. Pastikan bibir diwarnai dengan rona ceria lagi bersinar.
 
Pewangi Rambut
Bukan sahaja dicipta untuk badan, ada juga pewangi untuk rambut. Bayangkan kala memeluk dan bersalaman bersama saudara kala berkunjung di Hari Raya. Hair is porous, jadi apabila disembur pada rambut minyak wangi bertahan lebih lama daripada semburan pada kulit atau pakaian. Apatah lagi produk kini kita datang dengan perapi yang melembutkan berserta pelindungan UV.
 
Stay All Day
Jika anda mahu menambah seri untuk penampilan anda musim perayaan ini, a long lasting flawless base is an absolute must. Pilih produk asas solekan yang bebas minyak, menghidrat, tahan lama, tidak mengeringkan kulit, dan penuh dengan agen anti penuaan. Menyamar ketidaksempurnaan, tanda-tanda keletihan dan kecacatan serta-merta juga mudah dioles pada kulit. Memaksimumkan liputan dengan menggunakan berus yang baik dan menyembunyikan sekali gus menutup ketidaksempurnaan.
 
 

See also
Gaya Dekorasi & Perabot Popular 2016