5 Produk Patut Ada Bulan Ini - Glam Malaysia

5 Produk Patut Ada Bulan Ini

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Setiap bulan sentiasa dimeriahi dengan barisan produk terbaru yang hadir dengan teknologi mengagumkan. 5 terbaik bulan ini.

RED CAMELLIA REVITALIZING SERUM-IN-MIST DAN RED CAMELLIA REVITALIZING LOTION

Terbaru untuk rangkaian N° 1 de CHANEL, Red Camellia Revitalizing Serum-In-Mist dan Red Camellia Revitalizing Lotion dua produk ini patut ada dalam rutin anda. Revitalizing Serum-In-Mist ini disifatkan melindungi kulit daripada pencemaran di samping menyegarkan kulit sepanjang hari. Hadir dengan formula dwi-fasa mencapai prestasi luar biasa dengan ekstrak bunga Camellia Merah. Revitalizing Serum-in-Mist boleh digunakan pada bila-bila masa tidak kira pada permukaan bare face  atau bersolek. Hanya dengan menyembur dua kali secara mendatar dan dua kali menegak. Kemudian tekan dengan tapak tangan anda untuk membantu produk menyerap

Red Camellia Revitalizing Lotion pula disifatkan menyerap tenaga luar dan dalam agar kulit tampak halus dan menggebukan. Kandungan sebanyak 97% bahan semula jadi dan 48% dari pati dan air bunga Camellia merah. Losyen ini digunakan sebelum serum dan krim wajah, bertindak untuk mengetatkan pori wajah sehingga kulit terasa selesa dan anjal.

See also
Sunday Riley Rahsia Kulit Bersinar Sihat