Miliki Rambut Sihat Bersinar Dengan Pewarna Rambut L'Oréal Professionnel iNOA Bebas Amonia - Glam Malaysia
L’Oreal Professionnel iNOA Bebas Amonia

Miliki Rambut Sihat Bersinar Dengan Pewarna Rambut L’Oréal Professionnel iNOA Bebas Amonia

Manjakan rambut bak layanan Diraja dengan L’Oreal Professionnel iNOA Bebas Amonia ia adalah mahkota yang tidak mungkin anda tanggalkan.

L’Oreal Professionnel iNOA Bebas Amonia

Ia mungkin kedengaran seperti terlalu mudah, tetapi kadangkala perubahan warna atau potongan rambut sahaja sudah mampu membuatkan keseluruhan penampilan tampak berbeza berbanding sebelumnya. Dengan kemunculan gaya rambut baharu dan lebih segar, terus membuatkan anda kelihatan bagai sudah bersedia untuk melakukan perubahan pada diri seiring dengan musim terkini. Jika anda ingin mewarnakan rambut, rangkaian pewarna iNOA Bebas Ammonia adalah produk yang anda patut cuba kerana ia memiliki formulasi mewah yang tidak mampu merosakkan rambut anda.

Daripada pewarnaan secara keseluruhan sehinggalah ke teknik balayage atau sekadar highlights dan lowlights, banyak sebenarnya yang anda boleh terokai dalam dunia mewarna rambut ini. Akan tetapi, perkara paling penting dalam memiliki rambut berwarna yang sempurna dan cantik adalah dengan mengelakkan daripada penggunakan inti pati seperti sulfat, paraben, natrium klorida dan petrokimia. Oleh kerana itu, kami memilih untuk menggunakan rangkaian pewarna iNOA Bebas Ammonia ini bagi membantu menaiktarafkan lagi kesuburan pada setiap helaian rambut kami.

Segalanya yang perlu anda tahu tentang Pewarna Rambut L’Oreal Professionnel iNOA Bebas Amonia

Sama ada anda baru berjinak di dalam dunia penjagaan rambut ataupun tidak, permintaan servis pewarna bebas amonia ini amatlah tinggi. Walaupun seperti semua tahu, mewarna rambut ini mampu merosakkan rambut, namun kita masih mahukan sesuatu yang paling terbaik dan dapat berjumpa dengan produk yang betul mampu memberikan perbezaan yang ketara. Pewarna rambut L’Oreal Professionnel iNOA Bebas Amonia ini semestinya menjadi pilihan utama kami sebagai produk terbaik dalam servis salon.

Dilancarkan pada tahun 2009, dan semenjak daripada itu rangkaian iNOA bebas Amonia ini menjadi produk yang memberikan pengalaman mewah dalam mewarna rambut terbaik dunia. Dikuasakan dengan minyak, antara lain inovasi yang terdapat di dalam produk ini adalah di mana ianya bebas Haruman, telus air, vegan, juga bebas amonia menjadikan ia produk pertama sebegini di dalam industri salon rambut.

L’Oreal Professionnel iNOA Bebas Amonia

Sistem penghantaran minyak yang dipatenkan dengan unik, ODS² Oil Delivery System, ialah sebuah teknologi yang memberikan impak hasil warna yang hebat sehingga 48 peratus lebih berseri dan keselesaan kulit kepala yang optima. Memandangkan iNOA ini diperbuat daripada 60 peratus minyak, anda tidak perlu risau tentang masalah rambut rapuh dan kusut. Ia juga membuatkan rambut kekal terhidrat selama 6 minggu lamanya dan dalam pada masa yang sama masih mengekalkan warna rambut. Bukan itu sahaja, ia juga tidak memberikan hasil bau tidak selesa seperti produk pewarna yang lain.

See also
Taraji P. Henson Buka Salun Kecantikan Sendiri Di Rumah

Kini, rangkaian ini kembali dengan formulasi terbaru, ianya lebih cepat dan mudah untuk mendapatkan warna rambut yang diingini. Dengan 60 rona yang disediakan, baik wanita mahupun lelaki, anda mampu mencipta penampilan diri yang diingini tanpa had. Bukan itu sahaja, anda juga boleh meningkatkan dan memperibadikan pengalaman rambut anda menerusi aplikasi diagnosis warna profesional mereka, iNOA [iD].

Apakah itu iNOA [ID]?

Hanya segelintir orang sahaja yang kami percayai dan membenarkan mereka untuk mengawal serta merawat mahkota rambut kami, mahkota yang selama ini diluangkan untuk menyikat, menjaga dan merawat. Dan iNOA [iD] membantu menjadikan pengalaman yang lebih lancar lagi bagi orang ramai untuk mempercayai hasil tangan pendandan rambut mereka. Dikuasakan oleh teknologi Modiface, iNOA [iD] merupakan servis warna tambahan dalam salon pertama menerusi teknik maya di mana anda boleh melakukan diagnosis warna secara profesional juga menyediakan inspirasi unik dikala menggunakan aplikasi ini.

Pada anda yang mencari atau ingin bereksperimentasi dengan warna rambut yang lain daripada lain, iNOA [iD] ini mampu membantu anda ketika di salon serta mampu memberi visual yang lebih jelas lagi di kala berkonsultasi.

Dengan buku swatch berbentuk digital, papan mood yang boleh diubahsuai juga pratonton lanjutan hasil warna rambut, iNOA [iD[ ini mampu membuatkan pendandan rambut serta pelanggan mereka berinteraksi dengan lebih mudah, selesa dan Selamat. Ia adalah pengalaman menyeluruh yang anda tidak mahu ketinggalan.

Sama ada anda membuat temu janji dengan pendandan tetap anda ataupun pendandan baharu, pengalaman bersama iNOA Bebas Amonia ini menjanjikan pengalaman terbaik dalam mewarna serta tidak akan meninggalkan kesan rosak pada rambut.

Lebih menarik lagi, selebriti seperti Sean Lee, Natalie Prabha, Sophia Liana, Jaclynn Tiang juga Indah Ruhaila, masing-masing merupakan peminat setia pewarna rambut L’Oreal Professionnel iNOA Bebas Amonia. Mereka yang memiliki karakter dan latar belakang yang berbeza ini namun mampu berkongsi satu kegembiraan yang sama iaitu penghargaan mereka terhadap rawatan berinovasi ini. Kami kongsikan pendapat peribadi mereka tentang produk iNOA dan mengapa mereka menggemarinya.

See also
SEMBANG CANTIK: Tengku Azura "The Ultimate Beauty Icon"

Sean Lee & Miko Au, L’Oréal Professionnel Artistic Ambassador

L’Oreal Professionnel iNOA Bebas Amonia

“Hendak mencari masa terutama sekali ke salon untuk mewarna rambut amatlah sukar buat saya lebih-lebih lagi dengan jadual harian kerja yang sangat sibuk. Namun, penata gaya rambut Miko Au dari Miko Galere mencadangkan saya untuk mencuba rangkaian INOA daripada L’Oreal Professionnel. Ianya bebas ammonia dan mampu memberikan keserian warna berpanjangan serta keselesaan kulit kepala optima. Terima kasih kepada produk ini, saya kini lebih yakin setiap kali di penggambaran tanpa perlu memikirkan ketidakselesaan. Tambahan lagi, ianya telus air, jadi ianya produk mesra Muslim sesuai buat pengikut saya untuk mencuba.”

Natalie Prabha & Andy Chan, L’Oréal Professionnel Artistic Ambassador

“Semenjak kecil lagi saya sudah tanam tanggungjawab dalam diri untuk menjaga planet kita. Dan sebagai seorang pengamal vegan serta utuh pada budaya pemampanan, saya akan pastikan diri sentiasa menggunakan produk-produk mesra alam. Terima kasih kepada L’Oreal Professionnel, kerana menghadirkan rangkaian iNOA yang berformulasi vegan bebas bau dan juga amonia. Berpeluang melakukan sesi mewarna rambut bersama Andy Chan, saya tidak perlu risaukan lagi tentang pencemaran alam setiap kali saya menggaya dan memanjakan rambut saya. Rambut saya kini tampil lebih sihat dan bersinar walaupun berada lama di set penggambaran.”

Sophia Liana & Shawn Loong, L’Oréal Professionnel Artistic Ambassador

Sebagai seorang penyanyi, jadual harian saya amat padat. Namun, walau sesibuk mana sekalipun, penampilan diri harus tampil on point. Terutama sekali rambut yang menjadi mahkota setiap wanita di luar sana dan Shawn Cutler tahu bagaimana untuk memastikan rambut saya tampil berseri sepanjang masa. Cadangan Shawn adalah untuk mencuba rangkaian warna rambut iNOA daripada L’Oreal Professionnel yang memiliki manfaat telus air, tiada ammonia dan bebas bau ini. Lihatlah hasilnya, ternyata amat memuaskan hati saya!”

Jacqueline Tiang & Kevin Woo, L’Oréal Professionnel Artistic Ambassador

L’Oreal Professionnel iNOA Bebas Amonia

“Sebagai seseorang yang gemar melakukan aktiviti luar, warna rambut saya cenderung untuk kehilangan kilauannya kerana pendedahan matahari yang berterusan. Itulah sebabnya saya perlu mencari produk yang sesuai untuk menambah baik tona rambut. Kini semuanya mudah dengan formula khas L’Oreal Professionnel daripada rangkaian iNOA, ia melaksanakan tugasnya. Pertemuan dengan Artistik penata rambut Kevin Woo dari Centro Hair menyedarkan saya betapa mudahnya untuk mencapai pengalaman mewarna rambut yang sihat, mewah dengan hasil yang berkilat. Terima kasih kepada iNOA, saya kini boleh meneruskan aktiviti harian saya seperti menyelam, berenang dan banyak lagi tanpa perlu risau tentang kerosakan pada rambut saya.”

Indah Ruhaila & Max Chang, L’Oreal Professionnel Artistic Ambassador

“Saya akan pastikan penampilan rambut sentiasa tampil terbaik apabila berhadapan khalayak ramai. Jadi, saya akan mewarnakan rambut untuk kelihatan lebih istimewa dan lain daripada yang lain. Saya bertemu Max Chang daripada Max Style dan beliau mencadangkan saya untuk mencuba produk iNOA daripada L’Oreal Professionnel. Hasilnya sangat memuaskan! Warnanya yang true-to-tone , telus air, tiada bau, vegan, bebas amonia dan yang paling penting, pewarna ini tidak merosakkan rambut dan kulit kepala saya!”

Pewarna rambut L’Oreal Professionnel’s iNOA Bebas Ammonia  ini kini boleh didapati di salon rambut seluruh Malaysia. Layari LorealProfessionnel.com untuk mencari salon terpilih kegemaran anda. Terokai lebih lanjut tentang iNOA juga L’Oréal Professionnel menerusi laman web rasmi, Facebook dan Instagram .

 

Pautan Berkaitan: Biz Of RE Iktiraf Hebat Dalam Kempen ‘I Am Woman’