1001 Azimat Minyak Pati

1001 Azimat Minyak Pati

Menggunakan bahan semula jadi dapat membuatkan rambutmu lebih berkilau. Sama ada berambut ikal, kerinting atau lurus. GLAM bariskan 7 minyak pati terbaik.

Bahan semula jadi secara tidak langsung dapat merawat dan mengekalkan kesihatan rambut dengan cara yang hebat. Mungkin anda sudah tahu kebaikan minyak pati ini, GLAM tampilkan 7 kandungan minyak dengan khasiat penuh.

GAMBAR OLEH TOA HEFTIBA DI UNSPLASH
GAMBAR OLEH TOA HEFTIBA DI UNSPLASH

MINYAK ZAITUN

Minyak ini boleh digunakan sebagai pelembap yang hebar, perapi mendalam sekali gus membantu menghapuskan kelemumur. Ia mewah menghidratkan kulit kepala serta jadikan rambut lebih kuat dan galakkan pertumbuhan rambut lebih sihat. Malah antioksidan juga menjadikan minyak zaitun berkhasiat dan baik digunakan untuk rambut anda.

MINYAK ROSEMARY 

Minyak Rosemary membantu merangsang pertumbuhan rambut dengan menyuburkan folikel. Ia juga membersihkan kulit kepala dan menguatkan keindahan rambut ikal anda. Turut beraksi sebagai penghilang kelemumur dan buat rambut sihat, terasa lembut bak sutera.

MINYAK AVOKADO

Pernahkah anda dengar bahawa campuran avokado baik untuk lembapkan rambut? Ya, minyak avokado sangat berguna kerana ia mempunyai nutrient seperti Vitamin A, D dan C juga protein serta asid amino.

MINYAK KELAPA

Paling terkenal! Aplikasi minyak kelapa setiap hari untuk rambut kering. Ia baik untuk penghidratan serta cegah kerosakan pada rambut dan mengalakkan pertumbuhan rambut agar tebal dan sihat. Urutan kulit kepala semasa sapuan adalah digalakkan.

MINYAK ARGAN

Minyak argan adalah baik untuk rambut dan kulit anda.  Minyak argan kaya dengan Vitamin E, antioksida dan membantu baiki rambut rosak dan menjaga rambut agar berkilat serta menawan.

MINYAK JOJOBA

Membantu memulihkan rambut rosak dengan mendalam juga sebagai pelembap. Memperbaiki hujung rambut bercabang yang menjengkelkan di samping lembap kulit kepala anda. Jika kulit kepala terhidrat sepenuhnya, seluruh rambut anda juga sentiasa lembap dan tidak lagi kusam.

MINYAK MACADAMIA

Walaupun tidak terlalu terkenal, minyak ini banyak manfaatnya. Ia membantu melembapkan rambut kering dan memperbaiki rambut rosak sambil menyuburkan kulit kepala. Ia juga mengalakkan pertumbuhan rambut dan menguatkan rambut dari akarnya. 

Artikel berkaitan Helah Rambut Cantik Ketika Berada Di Rumah

POST A COMMENT