GLAM Skop Cantik : The Upside Down - Glam Malaysia

GLAM Skop Cantik : The Upside Down

Alternatif ekspresi seni menjangkau minda. Kembali meninjau trend kecantikan terbaik musim panas 2022 menjadi landasan untuk kanvas wajah halaman skop cantik bulan ini.

Seperti roda, dunia kecantikan terus berputar di atas paksinya. Sering hadir mencipta fenomena, dari ilham belakang pentas peragaan setiap musim, dunia kosmetik hinggalah ke dunia penjagaan kulit dan tubuh badan. Seiring dengan peredaran masa, ada sahaja yang hendak diperkenalkan di seluruh dunia. Sama seperti ilham solekan dan dandanan untuk setiap peragaan, saban musim ada sahaja ideologi yang ingin diketengahkan. Malah, ia juga dijadikan sebagai panduan yang diikuti dunia. Sejak kehidupan kembali normal seperti sediakala, inspirasi solekan dan dandanan semakin ‘nakal’. Seperti rumah fesyen Versace, hadir dengan ilham mata berona florescent, cukup bold nan tersendiri. Trend solekan mata Graphic Liner terus mencipta legasi. Ilham dagger liner semakin meraih perhatian, mata dioles sempurna dengan penggaris mata sehingga ke garisan bawah alis mata. Ciptaan Dagger Liner ini adalah tajam, lurus dan panjang. Nampak macam tersalah langkah dalam menggaris mata lentik, namun agak terkejut ianya adalah inspirasi untuk 2022! Jika anda rasa dulu itu tidak on flick! Kini, anda patut bangga kerana dari awal cipta inspirasi seni. Seperti ilham di pentas Valentino Haute Couture dan Chloe menyerlahkan ekspresi seni di bahagian mata.

See also
Emilia Clarke Muka Baru Wangian Dolce & Gabbana: The One

Jika di pentas peragaan hadir dengan kelainan, sama juga seperti di dunia komersial. Seiring perubahannya, seperti dunia kosmetik yang hadir dengan formula instant dan bersifat multifungsi, sesuai dengan kehendak semasa. Baru-baru ini, Rihanna melancarkan koleksi gincu ikonik dalam bentuk refillable. Bagi saya, ia satu ciptaan luar biasa kerana mempunyai konsep mesra alam dan multifungsi. Dunia penjagaan kulit wajah dan badan pula hadir dengan ramuan semulajadi dan turut mempunyai konsep cantik segera. Ketiga-tiga dunia ini seperti bersatu dalam membentuk satu trend yang sesuai untuk semua wanita seluruh dunia tanpa mengira kulit, bangsa dan kaum.

Artikel berkaitan Memo Olfaktori

 

ARAHAN SENI & PENGARANG KECANTIKAN: JULIA AZMAN GAMBAR: EDMUND LEE, ONE3FOURSTUDIO SOLEKAN: SHIYO JOO RAMBUT JUNO KO MODEL: IQA ABIDIN