Semuanya di Dapur, Ini Tip Rawat Ketiak Hitam Anda - Glam Malaysia
Semuanya di Dapur, Ini Tip Rawat Ketiak Hitam Anda

Semuanya di Dapur, Ini Tip Rawat Ketiak Hitam Anda

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Cemburu melihat mereka yang sering menyarung baju tanpa lengan tanpa rasa segan silu menunjukkan ketiak Mereka yang putih licin. Malu ketiak hitam? Ini 5 tip tradisional GLAM sediakan untuk anda.

Pernahkah terdetik di hati, kenapa ketiak wanita-wanita di kaca televisyen ini semuanya bersih, putih dan cantik, walhal ketiak sendiri tidak menarik malah berkerak dan hitam? Teringin di hati ingin menyarung baju-baju seksi tetapi risau mendapat cacian yang memerhati? 

Mereka ini mungkin memiliki rutin penjagaan diri yang ekstra daripada anda. Anda pula seorang yang sibuk hinggakan tiada masa untuk ke spa atau melakukan penjagaan diri ekstra. Jadi apabila ada masa senang di rumah, capai sahaja bahan-bahan ini di dapur untuk anda lakukan rawatan terhadap bahagian ketiak anda ini sewaktu mandi.