Sembang Cantik Bersama Aqila Ishamuddin
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioGLAM menemubual secara eksklusif bersama Aqila Ishamuddin, yang ingin berkongsi produk kecantikan perlu ada pilihannya.
Ketahui produk kecantikan harus dimiliki oleh Aqila Ishamuddin!
1. La Mer The Lip Balm

Pelembap bibir dari La Mer merupakan salah satu produk yang Aqila perlu ada sepanjang masa. Aqilah berkongsi dengan GLAM, pelembab bibir membantu mengekalkan bibirnya terhidrat sepanjang hari. “Bibir saya sering kering dan pecah-pecah. Oleh itu, saya akan menyimpannya dalam beg saya dan di sebelah katil sepanjang masa. Sebelum tidur, saya akan memakainya selepas melakukan rutin penjagaan kulit saya”, kongsi Aqilah kepada GLAM.
2. Augustinus Bader The Rich Cream

Aqila menyarankan untuk mendapatkan Augustinus Bader jika anda mencari pelembap yang kaya tetapi tidak berminyak. Ia juga membantu kulit anda untuk menjadi halus dan segar. Aqila menggunakannya setiap pagi dan malam. Ianya juga sesuai digunakan sebagai krim malam. Aqila berkongsi kepada GLAM bahawa peningkatan yang ketara akan dapat dilihat pada kulit anda, terutama sekali bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat. Menurutnya juga, ramai pengguna mendapati kulit mereka berasa lebih baik dan kelihatan lebih bertenaga selepas mencuba Augustinus Bader.
3. Beauty of Joseon Relief Sun : Rice + Probiotics (SPF50+ PA++++)

Aqila telah mencuba banyak pelindung matahari di pasaran. Ada yang terlalu berminyak dan ada yang membuat kulitnya kering. Namun baginya, Beauty of Joseon merupakan produk yang sempurna. Apabila disapu pada kulit, teksturnya hampir sama seperti pelembap dan sangat selesa pada kulit. Aqila juga berkongsi dengan GLAM bahawa produk ini tidak meninggalkan kesan putih atau membuat solekannya kelihatan bertompok seperti sesetengah pelindung matahari lain. “Saya telah menggunakannya selama lebih dari setahun dan harganya juga sangat berpatutan”, ujar Aqilah.
4. Le Labo – Santal 33 Eau de Parfum

Wangian Le Labo merupakan antara produk yang Aqila perlu ada. Bagi dirinya, dia menggemari wangian Le Labo kerana harumannya yang unik dan jarang dijumpai. Wangian tersbeut dicirikan dengan nota musky yang kaya dan mendalam, memberikan sensasi elegan kepada para pengguna. Bagi Aqila, wangian Le Labo bukan sekadar wangian biasa, tetapi satu elemen penting dalam rutin hariannya.
Artikel berkaitan: Sembang Cantik Bersama Thibaud Crivelli, Pengasas Maison Crivelli
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
