Gaya Quirky Florence Welch Jadi Tarikan, Sekali Lagi Jadi Suntingan Gucci Beauty - Glam Malaysia

Gaya Quirky Florence Welch Jadi Tarikan, Sekali Lagi Jadi Suntingan Gucci Beauty

Gucci Beauty mengundang penyanyi utama kumpulan Florence and the Machine untuk menghaisi kempen musim percutiannya. Penyanyi yang dilahirkan di kota London ini pernah menjalin kerjasama label fesyen ini. dan sering juga duduk di bangku hadapan pertunjukan fesyen di Milan. Imej dan penampilannya yang tampak quirky dengan rambut perang terang mungkin antara faktor mengapa dia menjadi antara figura kesukaan Gucci.

Kempen rasmi Gucci Beauty sempena himpunan musim percutian yang menampilkan Florence Welch

Sebelum ini Florence pernah membintangi kempen haruman Gucci Bloom, yang mana di dalam video kempen tersebut dia dilihat menari dengan koreografi pelik bersama Anjelica Huston, Jodie Turner-Smith dan Susie Cave. Dan di dalam kempen terbaru untuk haruman dan alat solek Gucci Beauty ini, Florence sekali lagi dilihat menari-nari di balik kain sifon berterbangan menutup wajahnya di samping kelalang haruman ikonik Gucci bergantungan.

Tonton video Gucci sempena musim percutian di sini

Gucci Guilty Pour Homme & Pour Femme

Aroma-Aroma Ikonik Gucci

Gucci Guilty Pour Femme sarat dengan bau bunga-bungaan yang mana pada nota atasnya ia jelas didominasi bau Mandora yang beradun mesra dengan bergamot dan pink pepper. Turut ada dalam minyak wangi ini ialah kuntuman ros, minyak geranium berserta patchouli dan amber. RM375 (50ml) and RM512 (90ml).

See also
Miliki Rambut Sihat Bersinar Dengan Pewarna Rambut L'Oréal Professionnel iNOA Bebas Amonia

Gucci Bloom EDP tampil cukup original, baunya antara yang menjadi kesukaan saya. Bagi Gucci wanita yang memilih haruman ini adalah wanita yang faham tentang Gucci. Haruman ini didominasi ekstrak putik bunga melati, tuberose dan rangoon creeper. RM312 (30ml), RM394 (50ml), and RM531(100ml)

Rangkaian Gucci Bloom

Gucci Bloom Ambrosia tampil lebih pekat berbanding Gucci Bloom EDP. Adunan asasnya adalah bahan-bahan yang terkandung di dalam Gucci Bloom namun dimewahkan lagi baunya dengan penambahan aroma bunga-bungaan. Baunya lebih dominan dengan kehadiran velvety orris dan kuntuman mawar Damascena. Walaupun haruman ini agak feminin dengan nota bunga-bungaan, tapi saya rasa ia masih lagi ada unsur neutral yang mungkin membuatkan ia disukai lelaki. RM 343 (30ml), RM 434 (50ml), and RM585 (100ml).

Gucci Flora Gorgeous Gardenia kental dengan bau-bauan feminin hasil ramuan mesra bunga-bungaan bersama beri merah juga kuntuman kemboja. Turut dicampurkan di dalam kelalang haruman ini ialah patchouli dan gula perang dan seperti namanya, pastinya ia dimewahkan dengan bunga gardenia. RM297 (50ml) and RM420 (100ml).

See also
Anzalna Berkongsi Rahsia Kejelitaan Pagi Sampai Malam

Dekati bintang kacak Hollywood yang turut disunting Gucci Beauty