The Slim Velvet Radical Bintang Gincu Baharu YSL Beauty - Glam Malaysia
YSL Beauty

The Slim Velvet Radical Bintang Gincu Baharu YSL Beauty

Dibarisi dengan pilihan 12 warna, The Slim Velvet Radical dicipta menggunakan penemuan teknologi baharu yang memberi fokus bukan sahaja pada kemasan dan tekstur malah keselesaannya pada bibir. Ia dilengkapi dengan ‘Hemispherical fillers’ yang membuatkan lapisan gincu terasa lembut pada bibir. Ia juga disempurnakan dengan minyak silky untuk efek lembap dan hasilnya sebatang gincu yang meluncur laju saat dicalitkan pada bibir.

The Slim Velvet Radical Bintang Gincu Baharu YSL Beauty

5 SOALAN BERSAMA TOM PECHEUX, PENGARAH KECANTIKAN GLOBAL YSL BEAUTY

Apa istimewanya gincu pusam?

Ia sangat menonjol, penuh keghairahan dan pekat. Tiada apa yang boleh membuatkan anda nampak ‘bersiap’ dengan mudah, tapi kemasan gincu pusam boleh merealisasikannya dengan kemasan yang menawan dan feminin. Walaupun dalam keadaan rambut masih basah, Hanya sapukan gincu pusan, anda akan kelihatan ‘boom’. Ia sangat menyerlah, sofistikated dan feminin. 

Apa yang membuatkan rangkaian atau francais gincu The Slim dianggap revolusi?

Gincu The Slim terus-terusan melintasi batas ilham tidak kira sama ada dari segi kreativiti mahupun teknologi. Samalah juga seperti fesyen, semuanya berkait rapat dengan mencari teknologi terbaik dan idea paling kreatif untuk memastikan ia selesa dan cantik dipakai. The Slim terus melangkah ke hadapan dengan The Slim Velvet Radical yang mana ia adalah hasil garapan kreativiti, teknologi dan keselesaan, ketiga-tiga digerakkan seiring. 

See also
Dye Young, Live Longer

Apa kaitannya The Slim Velvet Radical dengan fesyen?

The Slim yang pertama atau versi debut cukup berjaya dan kami tertanya-tanya apa yang boleh kami perbaiki, bagaimana mahu hasilkan rangkaian yang lebih baik baik dari yang sudah dilancarkan? Bagaimana untuk kami terus bergerak ke hadapan? YSL Beauty cukup sinonim dengan kosmetik yang penuh warna, malah sebelum ini pun memang kita banyak merujuk kepada fabrik bila memikirkan tentang warna-warna kosmetik termasuklah dalam mencari ilham untuk warna-warna gincu. Dalam himpunan Couture, kain baldu antara fabrik yang penting, dan warna pada fabrik ini begitu menawan dan ia memantul cahaya dengan cara yang cukup unik dan dalam masa yang sama ia juga sedap dan selesa dipakai. Ada sesuatu yang menarik tentang baldu, dan anda akan sentiasa mahu memakainya, ia membuat kita berasa cukup gembira menyarungnya. 

The Slim Velvet Radical Bintang Gincu Baharu YSL Beauty
Zoe Kravitz Terpilih Sebagai Wajah Kempen THE SLIM VELVET

Apa yang paling anda sukakan tentang fabrik baldu?

Adalah sesuatu yang mengasyikan bila kita dapat menyentuhnya, ia sangat halus dan terasa cukup mewah, dan cara baldu menangkap cahaya adalah sesuatu yang sangat istimewa.

See also
5 Gaya Tatarias Kuku Menarik Untuk Digayakan di Pagi Raya!

Boleh kongsikan warna gincu yang hangat untuk musim ini?

Apa sahaja warna yang kita suka. Pakailah warna apa yang anda suka, pilih yang anda suka bukan kerana anda lihat orang lain memakainya. Apa yang pasti gincu akan kembali hidup dan diraikan musim ini. 

BACA: 10 Produk ‘Mesti Ada’ Pilihan Profesional