GLAM Reviu: Manfaat Detoks Wajah Perlu Anda Tahu
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioSekerap mana anda detoks wajah? Disebalik penjagaan rapi menerusi ritual harian, wajah juga perlu dinyahtoksik agar kekal terhidrasi dan sihat.

AsterSpring memperkenalkan rawatan baharu yang memfokuskan kepada detoks wajah. Rawatan yang bergelar Volcanic Cool Treatment adalah paling ideal untuk menyahtoksik, mengurangkan kemerahan dan keradangan kulit wajah serta melembapkan kulit dengan serta-merta.
Kebanyakan daripada kita sudah terbiasa dengan kemudahan elektronik kehidupan moden tetapi tidak ramai yang menyedari kemungkinan risiko kesihatan menerusi gajet menjadikan masalah utama. Telefon bimbit, komputer, penghala wi-fi, gelombang mikro dan peralatan elektronik dan elektrik lain menghantar aliran sinaran, dengan medan elektromagnet (EMF) sentiasa mengelilingi anda.

Generasi Z kini menghabiskan lebih daripada 7 jam sehari pada gajet digital dan jumlah masa skrin yang kita miliki telah diburukkan lagi dengan kehadiran Covid19. Ini bermakna kulit wajah sudahpun terdedah dengan radiasi sinaran, radikal bebas, pengumpulan toksik, pendedahan matahari yang berbahaya dan pencemaran; mengakibatkan kulit teriritasi dan dehidrasi, pembaharuan sel terjejas, pengurangan kolagen dan keanjalan, dan kehilangan air.

Masalah yang semakin ketara ini dapat ditangani dengan rawatan terbaru di AsterSpring. Dengan gabungan teknik urutan mahir menggunakan batu gunung berapi sejuk semulajadi dari Peru dan bersama barisan produk berprestasi tinggi membuatkan kulit anda kembali tenang dan terhidrasi dengan baik.
Tidak semua batu dicipta sama. Batu Gunung Berapi Magma Basalt yang terbentuk pada suhu tinggi kira-kira 1,200 oC terdiri daripada kandungan magnesium dan besi yang tinggi, dengan silikon yang kurang berbanding batu yang berkualiti rendah. Disusun dan diperoleh dengan teliti, rawatan ini menggunakan Batu Gunung Berapi Magma Basalt berkualiti tinggi dan diperakui dari Peru yang mempunyai keupayaan untuk menyerap dan meneutralkan sinaran daripada kulit kita.
Artikel berkaitan Terapi Energi Wajah Kembalikan Kesegaran Kulit
Sensasi penyejukan batu meningkatkan kesan menenangkan, menenangkan dan anti-bengkak. Ia juga melepaskan ketegangan dan melegakan keradangan. Di samping itu, rawatan ini juga menggabungkan tiga masker wajah gred profesional seperti Clinical Colloidal Oatmeal Masque, dapat melegakan kerengsaan kulit dan menguatkan penghalang kulit. Colloidal Masque pula menghidrat secara mendalam dan memulihkan kulit yang dehidrasi dan penuaan pramatang dengan asid hialuronik, fitonutrien botani dan Vitamin A dan C. Botanical Cooling Masque dikatakan segera hidrat dan lembapkan dengan rumpai laut dari Pantai Atlantik Eropah.
Rawatan selama 66 minit sesuai untuk semua jenis kulit terutama yang sedang mengalami kulit stress dan dihidrasi. Namun, tidak sesuai untuk kulit wajah yang sedang mengalami masalah jerawat yang ketara. AsterSpring Volcanic Cool Treatment ini kini boleh ditempah secara eksklusif di setiap butik kecantikan AsterSpring seluruh Malaysia dengan harga RM328, AsterSpring Centres dan RM368, AsterSpring Signature Centres.
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
