Serum Hibrid Supergoop Gabungkan Vitamin C + SPF 40
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioSupergoop singkatkan rutin penjagaan kulit wajah anda! Menerusi formula inovasi, gabungan Vitamin C dan SPF 40 antara kenapa anda perlu memilikinya segera.

Pernah juga saya tertanya-tanya, apakah jenama penjagaan kulit wajah ini punya hibrid formula? Yalah, kita semakin pantas menerajui dunia canggih. Akhirnya, persoalan saya terjawab, pengasas Supergoop Holly Thaggard temui penyelesaian cukup inovatif kerana bukan sahaja melindungi kulit dari sinaran matahari malah merawat wajah dengan formula serba efektif. Kehadiran serum tabir suria bersama Vitamin C adalah kemunculan julung kalinya.

Vitamin C sering dipuji kerana manfaatnya yang mencerahkan, menghaluskan dan mengurangkan bintik gelap. Malah, merupakan salah satu bahan penjagaan kulit yang paling sensitif dan cerewet dalam industri penjagaan kulit wajah. Sebaik sahaja ia terdedah kepada sebarang bentuk udara atau cahaya matahari, ia teroksida serta-merta dan mengurangkan keberkesanannya.

Memandangkan matahari juga musuh terbesar Vitamin C (dan kulit kita), Pengasas Supergoop! Holly Thaggard menemui penyelesaian inovatif untuk meraih faedah penuhnya: dengan menggabungkannya dengan SPF. Oleh itu, Vitamin C + SPF 40 Dos Harian Supergoop! telah dilahirkan! Ia adalah Vitamin C berkeupayaan tinggi pertama dan hibrid pelindung matahari yang menggandingkan Vitamin C dengan spektrum luas SPF 40 dalam formulasinya. Hanya dalam satu langkah yang berkuasa, serum akan menambah kecerahan, penghidratan dan perlindungan kepada rutin penjagaan kulit anda.
Artikel berkaitan Beli-Belah Saat Akhir : 7 Bingkisan Istimewa Lunar Day 2022 Terbaik
Serum hibrid ini boleh digunakan secara harian kerana Supergoop Vitamin C + SPF 40 memberi ilusi kulit bersinar dari dalam sambil menggandakan perlindungan daripada sinaran UV dan cahaya biru. Dengan kehadiran koktel bahan pencerah kulit seperti Vitamin C, Ekstrak Plum Kakadu, dan Niacinamide, kulit akan lebih cerah, terhidrat, dan yang paling penting, dilindungi daripada sinaran UV dan cahaya biru.

Cara penggunaan
Jika ini adalah satu-satunya SPF dalam rutin penjagaan kulit anda, sapukan pada kulit wajah dan pastikan sekata. Dengan hanya 5 pam sebagai langkah serum anda,anggap ia sebagai produk serum anda. 15 minit sebelum pendedahan matahari.
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
