Tips Kecantikan oleh Kendall Jenner

Seperti yang kita tahu Kendall Jenner seperti tiada cacat cela pada dirinya akan tetapi percaya atau tidak, dia juga pernah melalui fasa di mana mukanya dipenuhi jerawat.
Kemulusan kulitnya sekarang bukan kerana treatment dan krim yang mahal (walaupun dia mengaku benda-benda itu juga membantu) dan Kendall telah mendedahkan rahsia kulit berserinya adalah kerana gabungan spot treatment dan juga topeng muka. Kedua-duanya boleh dilakukan di rumah juga katanya.
Untuk topeng muka, Kendall mengatakan topeng buatannya ini boleh mengecilkan pori dan mengimbangkan kadar pH. Anda hanya memerlukan dua bahan: sebiji telur dan sbeiji buah lemon.
Kendall menasihatkan untuk meletakkan telur yang telah dipukul dan dicampurkan dengan setengah jus lemon ke atas muka anda selama 30 minit sebelum dibasuh.
Untuk spot treatment DIY Kendall pula, anda boleh biarkan sahaja di muka nada semalaman ataupun sepanjang anda berada di rumah. Seperti treatment biasa, bahan-bahannya akan membekalkan keasidan untuk kulit anda dan pada masa yang sama menenangkan kulit anda dengan madu.
Bahan-bahannya adalah:
Setengah sudu teh jus lemon
Setengah sudu teh baking soda
1 sudu teh madu (as natural as possible)
Cara:
Bancuhkan dengan baik dan letakkan ke muka anda untuk semalaman.
Selamat mencuba!
Oleh: Ai Nazmi Norzaid
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
