fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kecutkan Liang Pori
7 Wangian Rambut Pilihan GLAM 2025
Pengalaman Pop-Up Eksklusif Dior Floral Daydream Penuh Magis!
5 Serum Terbaik Untuk Kulit Kering Agar Kulit Lebih Anjal & Bebas Cela
Eksklusif: Diari Cantik Bersama Khadija Meor
Home > Cantik > Apa Wangian Signature Selebriti Kegemaran Anda?

Apa Wangian Signature Selebriti Kegemaran Anda?

Sama seperti gaya fesyen atau solekan, wangian mampu mencerminkan personaliti dan emosi seseorang tanpa perlu berkata apa-apa. Kenali wangian ikonik kegemaran selebriti terkemuka. 

Seperti gaya fesyen dan rutin kecantikan, wangian juga memainkan peranan penting dalam membentuk identiti seseorang. Tidak hairanlah ramai selebriti mempunyai haruman signature yang menjadi sebahagian daripada pesona mereka, sama ada ketika menghadiri acara karpet merah mahupun dalam kehidupan seharian. Daripada aroma floral yang lembut hingga wangian gourmand yang menawan, setiap pilihan wangian menzahirkan cita rasa dan personaliti yang tersendiri. Bagi peminat kecantikan dan wangian, mengetahui wangian pilihan selebriti sering menjadi sumber inspirasi untuk mencari haruman yang sesuai dengan diri sendiri. Jika anda pernah tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik aura bintang kegemaran anda, GLAM kongsikan wangian signature selebriti kegemaran anda!

Kenali Haruman Yang Melengkapkan Aura Selebriti Kegemaran Anda!

1. Taylor Swift – Tom Ford Beauty Santal Blush Eau De Parfum

Ketahui Wangian Signature Selebriti Kegemaran Anda

Dikenali dengan imej elegan bersama rangkaian lagu yang menawan hati ramai peminat, Taylor Swift dilaporkan menggemari wangian Tom Ford Beauty Santal Blush Eau De Parfum. Wangian ini menghadirkan gabungan nota cinnamon bark oil, ylang-ylang dari Madagascar, sandalwood Australia serta cedarwood yang menghasilkan aroma hangat namun lembut. Bersama pertemuan tekstur rempah yang kaya dan sentuhan floral yang mewah, ia mencipta aroma yang terasa intim seperti “second skin”. Elegan dan sensual dalam masa yang sama, Tom Ford Santal Blush menjadi pilihan ideal Taylor Swift. 

2. Rihanna – Dior J’adore Eau de Parfum

Ketahui Wangian Signature Selebriti Kegemaran Anda

Kecintaan Rihanna terhadap Dior J’adore Eau de Parfum bermula sejak usia muda lagi. Rihanna sering menggunakan wangian itu semenjak ibunya sering membawa pulang wangian tersebut namun dalam bentuk tester. Kini, selari dengan persona glamor yang dibawanya, wangian ikonik daripada Dior ini menampilkan kombinasi nota bunga seperti ylang-ylang, damask rose dan jasmine sambac yang menghasilkan aroma feminin dan mewah. Dikenali dengan karakter floral yang kaya tetapi tidak terlalu berat, J’adore Eau de Parfum memberikan keseimbangan sempurna antara kelembutan dan sensualiti. 

3. Gigi Hadid – Rabanne Million Gold for Her

Ketahui Wangian Signature Selebriti Kegemaran Anda

Sebagai wajah kepada wangian Rabanne Million Gold For Her, Gigi Hadid membawa karakter berani dan penuh keyakinan yang selari dengan identiti haruman tersebut. Wangian ini memadukan aroma floral yang eksklusif dengan sentuhan feminin kontemporari, menjadikannya pilihan sesuai untuk wanita yang gemar tampil menyerlah tanpa mengorbankan keanggunan. Rabanne Million Gold For Her menggabungkan nota mawar, bunga putih serta sentuhan mineral musk yang memberikan dimensi hangat dan sofistikated. Bukan hanya wajah kempen, Gigi Hadid turut menggemari wangian ini dalam kehidupan seharian, didorong oleh aromanya yang menawan. 

4. Beyonce – Kilian Angel’s Share

Dikenali dengan aura yang penuh karisma, antara haruman yang menjadi pilihan Beyonce ialah Kilian Angel’s Share, sebuah wangian yang terkenal dengan karakter hangat dan intim. Bersama gabungan nota cognac, kayu oak, kayu manis dan vanila yang menghasilkan aroma gourmand yang mewah serta memikat, haruman ini mencipta jejak yang sukar dilupakan. Dengan identiti yang berani tetapi eksklusif, Kilian Angel’s Share mencerminkan aura ikonik yang sinonim dengan penyanyi terkemuka itu.

5. Barbara Sprouse- Jo Malone London English Pear & Freesia Cologne

Barbara Sprouse, seorang pelakon Hollywood bersama aura manis dan chic sering dikaitkan dengan gaya yang natural. Selari dengan imejnya yang lembut, Jo Malone London English Pear & Freesia Cologne menjadi antara wangian yang digemarinya, malah didandankan sewaktu majlis perkahwinnya bersama Dylan Sprouse. Haruman ini mengangkat harmoni nota pear yang segar, freesia yang lembut serta patchouli yang memberikan kedalaman aroma. Hasilnya ialah wangian yang ringan dan feminin sekaligus mencipta aura anggun. 

6. Hailey Bieber – Ex Nihilo Fleur Narcotique Eau de Parfum 

Ketahui Wangian Signature Selebriti Kegemaran Anda

Antara ikon kecantikan generasi baharu yang berpengaruh, Hailey Bieber sering memilih Ex Nihilo Fleur Narcotique Eau de Parfum sebagai wangian yang melengkapkan aura feminin dan sofistikated yang sering dibawanya. Haruman ini menampilkan paduan nota bergamot, laici, bunga peony yang lembut serta jasmine dan musk yang memberikan sentuhan sensual yang halus. Hasilnya ialah aroma yang segar dan manis lantas mencipta jejak wangian yang ringan tetapi tetap memikat. Ex Nihilo Fleur Narcotique Eau de Parfum hadir sebagai simbol keanggunan moden yang tidak berlebihan, seiring dengan pesona Hailey Bieber yang natural namun tetap mencuri perhatian.

Artikel berkaitan: Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda