Jana Semula Kulit Lebih Cepat Daripada Usia - Glam Malaysia

Jana Semula Kulit Lebih Cepat Daripada Usia

Kehadiran formula Lancôme Rénergie HPN 300-Peptide Cream merupakan kejayaan terbesar buat Lancôme dalam menjana semula kulit agar tampak lebih muda.

Selepas 30 tahun pelancaran asal rangkaian ikonik Rénergie pada tahun 1992 dan seterusnya pelancaran Rénergie H.C.F. Triple serum. Tahun ini, Lancôme mengumumkan satu lagi kejayaan besar yang terlahir daripada sains regeneratif. Selepas 2 tahun penyelidikan, lebih daripada 250 percubaan  formulasi, lebih 500 kawalan kualiti dan melakukan ujian ke atas lebih 770 wanita seluruhu dunia. Akhirnya, Lancôme menemui cara terbaik untuk menjana semula kulit wajah dengan lebih cepat daripada usia anda.

Lancome Renergie

Dengan bangganya, Lancôme Rénergie HPN 300-Peptide Cream diperkenalkan yakni krim wajah yang inovasi dengan ramuan mujarab dalam meremajakan kulit. Kandungan formula yang mencapai tahap keberkesanan baharu iaitu 300-Peptide ini digandingkan bersama asia hialuronik dan niacinamide mencapai format baharu yang boleh dicas semula.

300-Peptide adalah formula revolusi dalam dunia kecantikan!

Lancôme Rénergie HPN 300-Peptide Cream ini wujud daripada 40 tahun kepakaran saintifik yang diperoleh daripada Green Sciences. Dengan adanya Green Sciences, Lancôme mencipta semula produk dan menukarkan prosesnya secara sustainability agar menjaga prestasi produk lebih selamat. Green Sciences merupakan inisiatif Lancôme dalam memelihara alam semula jadi dan biodiversiti. Malah, menggunakan seberapa banyak bahan yang boleh diperbaharui dalam penyelidikan dan pembangunan.

See also
8 Item Asas Fesyen Yang Anda Perlukan Untuk Fesyen 2017

Formula 300-Peptide yang terkandung dalam krim baharu ini memberi peranan utama dalam proses penjanaan semula kulit wajah. Jika di pasaran luar, kebanyakkan Peptide adalah bersifat sintetik dan terhad bilangannya. Malah, tiada satu dicipta untuk mencipta semula keberkesanan Peptide.

300 Peptida

Oleh itu, dengan pelancaran Lancôme Rénergie HPN 300-Peptide Cream barulah kulit wajah kembali dijana kerana Peptide merupakan teman terbaik kulit yang sangat efektif bertindak pada epidermis kulit untuk mengelakkan tanda pra-penuaan. Lancôme juga mengenal pasti tiga tumbuhan yang kaya dengan protein seperti Linseed (biji rami), Lupine dan Pea. Untuk mengekstrak Peptide yang terkunci dalam struktur kompleks tumbuhan ini, Lancôme menggunakan proses transformasi tanpa lemak dengan tiga langkah mudah.

300-Peptide adalah formula revolusi dalam dunia kecantikan. Tiga fungsi utama Peptide seperti menghantar mineral ke kulit untuk meningkatkan kolagen wajah, kulit lebih anjal serta mengekalkan protein agar lebih tegang dan padat. Malah, Peptide juga membantu cegah pigmentasi dan melambatkan proses penuaan secara semula jadi. Serta menghantar isyarat kepada beberapa bahagian kulit untuk proses penjanaan semula kulit.

See also
5 Serum Terbaik Untuk Kulit Kering Agar Kulit Lebih Anjal & Bebas Cela

Artikel berkaitan Lancôme Kembalikan Kulit Awet Muda Dengan Serum Rénergie H.C.F. Triple

Gabungan formula inovasi bersama dua bahan aktif terkenal ini menawarkan tahap baharu anti-penuaan berprestasi tinggi. Asid hialuronik berasaskan proses penapaian dan diperoleh menggunakan bio-teknologi ini menyerap 1000 kali ke dalam air. Bantu untuk melicinkan dan menggebukan semula kulit wajah. Niacinamide atau vitamin B3 ini bertindak menenangkan kulit dan mengimbangi tona kulit dan membantu memerangi bintik-bintik gelap.

Terbukti secara klinikal krim wajah ini menjana semula kulit lebih cepat daripada usia.

Dalam ujian yang tiada tandingannya, Lancôme menampilkan dua kumpulan wanita dari kategori umur yang berbeza untuk mencuba Lancôme Rénergie HPN 300-Peptide Cream.  Dengan penggunaan biologi pendarfluor, Lancôme dapat menjejaki pembaharuan kulit mereka selama 22 hari. Wanita lingkungan umur 40-59, kulit mereka diperbaharui lebih cepat dengan Lancôme Rénergie HPN 300-Peptide Cream dan membuktikan sifat regeneratifnya. Malah, kelajuan penjanaannya selepas menggunakan krim ini serupa dengan wanita muda berumur 20-39.

Sebagai tambahan ujian, Lancôme mengesahkan seawal minggu pertama (Berdasarkan penilaian klinikal 84 ahli panel pelbagai etnik oleh penggred pakar selama 12 minggu) krim ini membetulkan kedutan, mengurangkan bintik hitam dan menegangkan kulit sekitar muka dan leher.

See also
Rambut Glitter: Gaya In-Trend Buat Musim Perayaan

Lancôme Rénergie HPN 300-Peptide Cream didatangkan dalam balang kaca yang boleh digunapakai semula kerana bekasnya diperbuat daripada 30% kaca yang dikitar semula dan 22% lebih ringan.

 

Untuk mendekati dan alami pengalaman bersamaLancôme Rénergie HPN 300-Peptide Cream Rénergie H.P.N 300 Peptide Cream, anda boleh kunjungi ke butik kecantikan utama Lancôme. Jangan lupa untuk diagnosis kulit secara percuma bersama Skin Screen dan buat tempahan di SINI.