Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Kulit sensitif tapi nak pakai retinol? Ketahui cara betul teknik ‘Retinol Sandwiching’ untuk dapatkan kulit glowing tanpa masalah iritasi.
Retinol sememangnya diakui sebagai ‘ramuan magis’ dalam dunia penjagaan wajah untuk memendam tanda penuaan, merawat tekstur, dan mencerahkan kulit. Namun, bagi pemilik kulit sensitif, pengenalan kepada vitamin A ini sering kali berakhir dengan tragedi kulit mengelupas, kemerahan, dan retinol burn.
‘Retinol Sandwiching’ Hadir Sebagai Penyelamat
Kaedah ini menerapkan konsep lapisan perlindungan. Anda hanya perlu meletakkan formula retinol diapit di antara dua lapisan pelembap muka. Mulakan dengan menyapu pelembap nipis pada wajah yang bersih, diikuti dengan secalit retinol, dan ditutup semula dengan lapisan pelembap kedua. Teknik ‘sandwich’ ini memperlahankan kadar penyerapan retinol ke dalam kulit tanpa mengurangkan keberkesanannya, sekali gus meminimumkan risiko iritasi dan mengekalkan kekuatan skin barrier.
Untuk Hasil Yang Maksima Dan Bertaraf Luxurious, Ini 3 Produk Pelaburan Terbaik Untuk Rutin Ini
Augustinus Bader The Retinol Serum

Serum premium Augustinus Bader The Retinol Serum ini menggabungkan retinol tulen dengan teknologi ikonik TFC8® (Trigger Factor Complex). Formulanya yang sangat sofistikated membantu mempercepatkan pembaharuan sel secara mendalam, namun tetap sangat lembut pada kulit sensitif kerana disokong oleh kompleks hidrasi yang mewah.
Elizabeth Arden Retinol + HPR Ceramide Rapid Skin Renewing Water Cream

Elizabeth Arden Retinol merupakan inovasi next-generation retinoid terkini. Gabungan retinol dan HPR (retinoid gred tinggi yang amat stabil tetapi kurang iritasi) bersama ceramide di dalam krim air ini sangat ideal untuk dijadikan lapisan asas atau pengunci dalam teknik sandwiching.
SkinCeuticals Retinol 0.3 Corrective Treatment

Jenama pakar dermatologi SkinCeuticals ini menawarkan dos retinol tulen 0.3% yang distabilkan. Dilengkapi dengan ekstrak herba menenangkan seperti bisabolol (chamomile), ia direka khas untuk kulit yang baru berjinak-jinak dengan retinol bagi mengelakkan kerengsaan.
Kesimpulannya, kulit sensitif bukan lagi alasan untuk mengelak daripada kebaikan retinol. Dengan teknik sandwiching, impian mendapatkan kulit yang anjal, glowing, dan awet muda kini mampu dicapai tanpa sebarang drama kerengsaan.
Artikel berkaitan: Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sentiasa Tegang & Awet Muda?
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
