Dua Lipa, Ratu Solekan Mata Berkilau - Glam Malaysia

Dua Lipa, Ratu Solekan Mata Berkilau

Jika ada satu solekan yang paling digilai Dua Lipa kebelakangan ini, jawapannya ialah solekan mata berkilau. Penyanyi berbangsa Albania ini antara penyanyi wanita yang paling stylish ketika ini (at least for me). Dia cukup pakej; punya muzik berbeza, penampilan segar dan dia dikurniakan wajah yang emmang cantik. Apa sahaja gaya solekan juga potongan rambut, dari pendek ke panjang, dari hitam ke blonde, semuanya kena belaka. Tapi satu yang saya perasan, sepanjang tahun 2020 Dua Lipa sangat gemar dengan solekan mata berkilau, tidak kiralah dengan sapuan glitter ataupun pembayang mata metalik. Penampilannya memang nampak bak ratu disko. GLAM menyorot lima solekan mata berkilau penyanyi yang berjaya membolosi beberapa kategori di anugerah Grammy yang bakal berlangsung tidak lama lagi. 

Ini sewaktu dia tampil untuk persembahan di Studio2054. Matanya dicalit dengan pembayang mata metalik kebiruan. Bibirnya berpalit gincu pusam.

Saya suka solekan mata yang ini. Dua Lipa bermain dengan glitter warna perak dan ditebarkan pada kelopak mata dan dia mengemaskan solekan bawah mata dengan penggaris mata metalik dalam ton yang sama. 

See also
Gaya Rambut Baru di Oscar

Klik: Gucci Suntik Mood Era 80-an

Kali ini Dua Lipa memilih satu gaya yang agak bold dengan bermain dengan pembayang mata berwarna biru. Dia beratkan lagi solekannya ini dengan penggaris mata berekor dan bulu mata palsu pada bawah mata.

Ini adalah penampilannya sewaktu melakukan persembahan di America’s Music Awards. Menggayakan gaun Versace, solekan matanya memang menjerit mahukan perhatian. 

Pabila kepingan glitter digandingkan bersama pembayang mata metalik, maka jadilah satu gaya solekan yang cukup ekstravaganza. Ini merupakan solekan Dua Lipa untuk video muzik Levitating. 

Klik: 5 Penyamar Cela Terbaik