Alternatif Retinol? Wajib Anda Tahu - Glam Malaysia

Alternatif Retinol? Wajib Anda Tahu

Mungkin ada dalam kalangan anda, retinol punya reaksi terhadap kulit wajah. Clarins menemukan ekstrak Harungana Organik sebagai alternatif baharu.

Menerusi kajian saintifik Clarins selama 18 tahun akhirnya menemukan manfaat baharu buat krim wajah Super Restorative menerusi fibrolas. Kajian ini dibuat ke atas kulit yang terjejas akibat proses penuaan. Buat pertama kalinya, ramuan baharu ditemui melalui ekstrak organik gorse yang menyasarkan pengenduran kulit. Lebih efektif digabungkan dengan ekstrak harungana organik berkuasa yang menawarkan tindakan seperti retinol untuk menggalakkan kulit yang diisi semula dan terangkat.

Apa itu Fibroblas? Fibroblas merupakan serat kolagen dan elastin dalam kulit yang membantu mengekalkan tisu kulit. Dari masa ke masa, pengeluaran gentian ini berkurangan, membayangkan kehilangan ketumpatan, ketegasan dan keanjalan pada kulit atau lebih tepat proses penuaan kulit.

Kehadiran ekstrak Harungana organik adalah hasil penemuan emas buat Clarins kerana kebolehannya sama seperti retinol. Penemuan ini sejak 8 tahun lalu oleh penyelidik Clarins. Sehingga hari ini, mereka mendapati ekstrak ini mempunyai kuasa luar biasa yang bertindak seperti retinol. ‘Harta karun’ botani sejati yang mampu mencergaskan dan menambah semula kulit. Retinol adalah bahan anti-penuaan yang kuat. Derivatif vitamin A ini telah terbukti berkesan secara meluas terhadap ketegasan, kedutan, bintik-bintik gelap dan keserian. Dengan merangsang pengeluaran kolagen, elastin dan asid hialuronik, ia berfungsi pada semua bahagian untuk meningkatkan kualiti kulit dengan ketara.

See also
Koleksi Mekap Pertama Moschino Bersama Sephora Collection

Krim wajah Super Restorative ini hadir dalam dua versi iaitu siang dan malam. Di waktu siang, untuk melindungi kulit dengan lebih baik daripada pencerobohan luaran sepanjang hari, krim Super Restorative Day diperkaya dengan squalane tumbuhan yang membantu memulihkan filem hidrolipidnya. Manakala krim malamnya pula, bertindak sebagai pengisian semula. Semasa anda tidur, peredaran mikro kulit menjadi perlahan. Untuk menghidupkan semula keserian kulit, krim Super Restorative Night diperkaya dengan ekstrak tunas pokok organik. Barulah wajah terus kekal berseri.

Artikel berkaitan Krim Ajaib Ini Setanding Plastic Surgery