Rouge Dior & Mono Couleur Couture Edisi Terhad
Peter Philips, pengarah kreatif dan imej Dior bersama jenama kecantikan rumah fesyen Paris, Dior sering sahaja tampil dengan idea menarik dalam mempelbagaikan alat solek sedia ada. Mereka sentiasa mencari jalan bagaimana untuk menambah baik serta membuatkan koleksi solekan mereka tampil dengan idea baharu, lantas menjadikan ia lebih eksklusif.

Terbaru, Peter Philips bersama Dior melancarkan Rouge Dior dan pembayang mata Mono Couleur Couture edisi terhad yang mana menyaksikan dua item ini diberi sentuhan berbeza pada rupa fizikalnya. Peter Philips mengambil label pada helaian-helaian Christian Dior sebagai inspirasi dan diterjemahkan pada permukaan dua item pilihannya ini. Batang gincu ikonik Rouge Dior bagaikan dibaluti reben apabila batang gincunya diukir dengan logo Christian Dior Paris.

Sama juga pada pembayang mata Mono Couleur Couture, permukaannya diukir dengan ‘reben berlapis-lapis’, membuatkan pembayang mata ini cukup istimewa. Jika dibeli mungkin sayang pula mahu melancarkan berus mekap ke atasnya.
Untuk Rouge Dior edisi terhad ini, Peter memilih warna burgundy, iaitu ROUGE DIOR 720 yang semememangnya sudah sedia ikonik dengan tekstur bak baldu. Manakala untuk pembayang mata pula, Peter Philips menyajikan warna versatil, 573 dalam warna coklat dengan sepuhan gangsa.

Kedua-dua item ini sudah boleh dimiliki sekarang. Dapatkannya di butik kecantikan Dior ataupun secara atas talian di sini.
Baca: The Slim Velvet Radical Bintang Gincu Baharu YSL Beauty
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
