Bahan Kosmetik Mesti Elak Jika Anda Berkulit Kering

5 Bahan Kosmetik Mesti Elak Jika Anda Berkulit Kering

Ada beberapa bahan kosmetik mesti anda elakkan jika anda berkulit kering. Membeli alat solek bukan sahaja memilih yang berpatutan harganya, bukan sahaja yang cantik warna juga bungkusannya, tapi sebenarnya membeli alat solek seharusnya sama juga cerewetnya seperti membeli produk penjagaan kulit.

Pemilihan primer, bedak asas, penyamar noda mahupun produk untuk pipi, mata juga kontur juga mestilah sepadan dengan kondisi kulit.

Jika anda berkulit kering usahlah pilih alat mekap yang mengeringkan, sebab itulah ada antara wanita di luar sana yang asas solekannya nampak bertepung, bukan sahaja kerana salah pilih ton malah disebabkan tersilap pilih yang mengeringkan.

5 Bahan Kosmetik Mesti Elak Jika Kulit Kering

Alkohol antara bahan kosmetik yang harus dielakkan jika anda memiliki kulit kering kerana boleh menyebabkan eczema, rosacea dan psoriasis

Foto: Unsplash oleh Kelly Sikkema

Alkohol

Alkohol banyak digunakan di dalam losen atau penyegar (toner), dan sebab itu ada sebahagian toner yang betul-betul menegaskan kandungannya bebas alkohol kerana banyak label kosmetik tidak mahu pembeli beranggapan toner yang dihasilkan mereka mengeringkan kulit.

Kebanyakan alat solek yang ‘menjual’ tagline ‘cepat kering atau kemasan pusam’ biasanya mengandungi alcohol. Alkohol juga boleh menyebabkan eczema, rosacea dan psoriasis. Alkohol biasanya mengeringkan dan menyebabkan iritasi.

See also
Trend Kecantikan Untuk Anda Praktikkan 2021 Ini!

Asid Salicylic

Jauhi asid salicylic dalam alat solek kerana ia memang akan mengeringkan kulit. Asid salicylic memang popular digunakan dalam produk merawat jerawat kerana ia akan mengeringkan jerawat, jadi kalau anda gunakan alat solek yang mengandungi asid salicylic maka makin keringlah kulit anda.

Foto: Unsplash

Bahan Pewangi

Jika anda mempunyai kulit yang kering dan sensitif, bahan pewangi akan merosakkan kulit anda kerana kulit anda boleh teriritasi dengannya. Pakar dermatologi juga menyarankan semua orang cuba elakkan produk yang dicampurkan dengan bahan pewangi apatah lagi yang tiruan kerana ia menyebabkan jerawat dan ekzema.

Paraben

Jika anda perasan sejak beberapa tahun ini banyak label yang melaungkan ‘bebas paraben’ dalam produk mereka. Mengapa? Paraben adalah sejenis bahan sintetik yang dicipta untuk membuatkan produk tahan lebih lama.

Bagi anda yang berkulit kering atau sensitif, anda akan lebih mudah iritasi dengan paraben. Malah ada beberapa negara Eropah yang mengharamkan penggunaan paraben dalam kosmetik. Sebab itulah paraben antara bahan kosmetik yang anda perlu elak jika kulit kering.

See also
Adele Sekali Lagi Memecah Rekod Dengan Albumnya

Asid Glycolic

Pakar dermatologi juga menyarankan mereka yang berkulit kering menjauhi bahan kosmetik dan produk kecantikan mengandungi asid glycolic yang mana bahan ini banyak digunakan untuk menyingkirkan kulit mati. Ya, ia bagus jika ada di dalam produk penjagaan kulit tapi bukan dalam alat solek. 

Teks Khairul Abidin

Artikel berkaitan: Cara Merawat Bibir Ekstrem Kering