GLAM Beauty Club X Armani Beauty
Pengalaman Cantik Bersama GLAM Beauty Club X Armani beauty

Pengalaman Cantik Bersama GLAM Beauty Club X Armani beauty

Sesi paling ditunggu-tunggu, GLAM Beauty Club X Armani beauty berlangsung dengan meriah bersama kehadiran ahli GBC, jurusolek selebriti Syed Faizal dan model Nia Atasha.

Syed Faizal Syed Noh dan Nia Atasha

Sesi pengalaman cantik bersama Armani beauty ini juga memperkenalkan barisan produk ikonik seperti POWER FABRIC+ FOUNDATION dan LIP MAESTRO SATIN.

Bedak asas cecair POWER FABRIC+ ini mempunyai kandungan SPF 20 yang memberikan perlindungan sederhana hingga penuh dengan kemasan matte semula jadi. Produk ikonik ini juga punya tekstur matte lembut dan bertahan sehingga 24 jam. Kehadiran formula ringan dan tidak mengeringkan, ahli GLAM Beauty Club didemostrasikan cara penggunaan yang betul. Di sesi pengalaman cantik ini, jurusolek selebriti Syed Faizal menunjukkan cara tepat penggunaan bedak asas cecair ini.

Sesi pengalaman cantik GLAM Beauty Club X Armani beauty

Menurut Beauty Connoisseur GLAM Beauty Club, Nia Atasha berkata,“Sewaktu Syed prep my skin bersama produk penjagaan kulit Armani beauty, kulit saya yang kering dan tidak sekata menjadi sempurna walaupun sekadar disapukan satu lapisan. Tekstur POWER FABRIC+ FOUNDATION ini benar-benar menyerlahkan kulit saya. Dan juga terasa ringan dan selesa!”

See also
Selami Khazanah Alam Semula Jadi Negara

Di sesi pengalaman cantik ini, jurusolek selebriti Syed Faizal menunjukkan cara tepat penggunaan bedak asas cecair ini

LIP MAESTRO SATIN

Untuk melengkapkan lagi gaya solekan ikonik Armani beauty, Syed Faizal memilih gincu LIP MAESTRO SATIN. Gincu ini bersifat futuristic kerana ia menggabungkan dua jenis gel berbeza iaitu Aqueous Gel (asasl air) dan Anhydrous gel (asas minyak). Gabungan ini memberikan warna lebih berkesan dan efektif sambil bibir diwarnakan turut dirapi sempurna. Gincu LIP MAESTRO SATIN ini juga menawarkan penghidratan, berpigmen tinggi dan tahan lama. Syed Faizal memilih kod warna merah untuk Nia dalam menyerlahkan wajah ikonik Armani beauty.

Artikel berkaitan Sesi Pengalaman Cantik GLAM Beauty Club X Armani beauty

Sesi pengalaman cantik GLAM Beauty Club X Armani beauty

Seramai 33 ahli GLAM Beauty Club terpilih berpeluang mengikuti sesi pengalaman cantik bersama Syed Faizal di Armani beauty Make-Up Lab

Ahli GLAM Beauty Club tidak pulang dengan tangan kosong kerana Armani beauty turut menyediakan hadiah istimewa untuk setiap ahli iaitu produk yang bernilai RM270. Sesi pengalaman cantik GLAM Beauty Club X Armani beauty ini berjalan dengan lancar dan ahli juga berpeluang untuk menikmati keseluruhan acara dan aktiviti menarik yang dilaksanakan oleh Armani beauty di Armani Make- Up Lab Pop Up.

Tip Solekan Syed Faizal untuk ahli GLAM Beauty Club:

  1. Sebelum bersolek atau meletakkan bedak asas, seeloknya kulit wajah prepping bersama produk penjagaan wajah dan jangan lupa primer wajah. Langkah ini memudahkan tekstur bedak asas ini menyerap sekata di permukaan kulit wajah. Walaupun kulit anda tidak sekata atau licin.
  2. Pilih bedak asas cecair yang hampir dekat dengan tona kulit. Sudah lumrah, kulit wajah tidak sama tona dengan kulit leher. Kerana kulit wajah lebih terdedah berbanding bahagian leher. Oleh itu, cara paling mudah, jika anda tidak pasti warna yang sesuai. Boleh gabungkan dua warna daripada kod cerah dan kod gelap. Blend it well sehingga warna sebati. Cara sapuan bedak asas cecair, terpulang kepada individu. Jika mudah pakai berus foundation yang tersedia.
  3. Jangan senyum kala sapu pemerah pipi! Anda sentiasa dengar teknik sapuan pemerah pipi ini, perlu senyum untuk dapat sapuan yang tepat. Teknik Syed Faizal, sapuan pemerah pipi tanpa bersenyum itu lebih mudah dan tepat. Kerana jika anda sapu pemerah pipi sambil senyum ini akan merosakkan keseluruhan bentuk pipi. Mulalah, warna terkeluar dan tidak seimbang.
  4. Untuk efek bibir mungil, anda boleh gariskan bersama penggaris bibir. Garis sempurna jika terkeluar daripada bentuk bibir, jangan panik! Kerana boleh dilitupi dengan gincu.
  5. Tip untuk solekan lekap sempurna. Pilih krim tabir suria atau SPF yang tidak meninggalkan kesan putih pada wajah. Pilih tekstur yang nipis dan mudah disapukan.

Dapatkan produk ikonik Armani beauty di laman rasmi armanibeauty.com.my atau kunjungi ke butik Armani beauty berdekatan dengan anda.