Gambar: INGIMAGE
Buat anda yang merancang percutian pasti mahu membuat persediaan yang lebih awal. Faktor perjalanan yang panjang serta iklim dan cuaca yang sering berubah boleh menganggu rutin kecantikan anda. GLAM menyenaraikan 10 tip kecantikan yang boleh anda lakukan semasa kembara anda nanti.
1. Ikat rambut anda dengan selendang agar sentiasa cantik dan tidak kusut pabila tiba di destinasi setelah melalui penerbangan yang panjang. Tambah ekstra glamor dengan stail ikatan berbeza dari yang pernah anda lihat.
2. Bawa bersama serbuk rambut seperti syampu kering. Ia menghalang kulit kepala daripada berminyak dan membantu rambut segar dan cantik.
3. Cuba perapi leave-in sebelum meninggalkan rumah. Salut rambut dengan selendang, bagaikan rawatan dingin dalam perjalanan ke destinasi.
4. Bawa bersama sikat yang besar agar mudah menyisir rambut.
5. Jangan lupa bawa bersama kertas kedap minyak. Perjalanan yang memakan masa yang lama mengeluarkan lebihan minyak pada wajah.
6. Untuk menenang dan menyegarkan mata letih dah bengkak, bawa bersama penyegar mata pilihan anda, baik krim mata ataupun penitis mata.
7. Usah lupa membawa makeup remover jenis travel kit yang boleh dibawa masuk dalam penerbangan. Cuci muka sebelum anda melelapkan mata, jangan tidur dengan solekan ia akan membuat anda tampak lebih tua daripada umur sebenar.
8. Lagi produk mesti bawa adalah losen. Penerbangan yang mengambil masa yang lama menyebabkan kulit pada tangan dan kaki kering. Sering sapu losen supaya tangan dan kaki tidak kering.
9. Sebelum sampai ke destinasi yang dituju, anda perlukan produk yang ‘mengejutkan’ seperti mist penyegar. Sembur sebelum dan selepas menata rias. Pasti anda tampak segar walaupun berada dalam penerbangan yang lama.
10. Minum air secukupnya agar kulit terhidrat. Penerbangan yang mengambil masa yang lama boleh menyebabkan kulit kering dan kusam. Sapukan salap bibir agar kelihatan bermaya dan kering.
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
