20 Jenama Kecantikan Selebriti Terbaik 2023
Jenama Kecantikan Selebriti

20 Jenama Kecantikan Selebriti Terbaik 2023

Terlalu banyak jenama kecantikan selebriti dilihat hari ini. Tahun ini sahaja sudah menyaksikan beberapa jenama baharu dan terus menjadi bualan di kalangan peminat kecantikan. 

Tertanya-tanya di dalam diri, adakah jenama kecantikan selebriti ini memiliki kualiti produk yang lebih baik berbanding jenama-jenama kecantikan milik rumah kecantikan sedia ada yang sudah bernaung di dalam industri lebih beratus tahun ini? Di dalam dunia hari ini, baik anda seorang yang meminati atau tidak selebriti tersebut, semua peminat kecantikan pastinya akan ternanti-nanti dan semestinya ingin mendalami jenama kosmetik milik selebriti itu. Percaya atau tidak, jenama milik mereka ini ternyata telah merubah industri kecantikan hari ini.

Jenama seperti Rare Beauty, Fenty Beauty juga Jeffree Star antara yang menjadi sebutan tahun ini. Dengan pelbagai produk baharu yang dilancarkan membuat mereka antara jenama kosmetik yang berjaya serta mendapat tempat di hati peminat kecantikan hari ini. Tahun ini, portal Cosmetify berkongsi jenama kecantikan milik selebriti yang manakah terbaik serta menjadi pilihan ramai sepanjang 2023. Ayuh GLAM kongsikan bersama anda!

See also
10 Wanita Paling Cantik Di Dunia Pada Tahun 2023

20 Jenama Kecantikan Selebriti Terbaik 2023!

#1 Fenty Beauty

Jenama Kecantikan Selebriti

Rihanna di antara pemilik jenama kecantikan yang mengetengahkan inclusivity dalam menghasilkan sesuatu produk semenjak dahulu lagi. Maka tidak hairanlah jika jenamanya menjadi pilihan ramai kerana Fenty Beauty berjaya menyediakan produk berona untuk setiap tona kulit di muka bumi ini. Dilancarkan pada September 2017, kini keuntungan yang dimiliki Fenty Beauty mencecah hampir $582,833,321.37. Bukan itu sahaja, jenama ini semakin berterusan menempa kejayaan tahun ini apabila mereka kini telah meluaskan empayar perniagaan pada 8 buah negara Afrika dan kemudian tidak cukup dengan itu, Rihanna sendiri telah mempromosikan produknya kala membuat persembahan hebat di Super Bowl tahun ini.

#2 Kylie Cosmetics

Jenama Kecantikan Selebriti

Menduduki carta tangga kedua, Kylie Cosmetics adalah antara jenama kecantikan selebriti yang boleh dikatakan ‘OG’ di dalam industri hari ini. Dilancarkan pada November 2015, masih ingatkah lagi anda pada kegilaan Lip Kits milik jenama ini? Sehingga hari ini, ia masih menjadi produk pilihan ramai. Namun, Kylie Cosmetics kini semakin bercambah inovasi produknya. Bukan sekadar kosmetik, mereka turut melancarkan rangkaian Kylie Skin juga Kylie Baby. Dan terkini, mereka turut melakukan pelbagai kolaborasi, antaranya pelancaran produk edisi terhad Batman x Kylie dan dijual di Macy’s tahun lalu.

See also
Koleksi Valentine Kylie Cosmetics Bersempena Hari Valentine

#3 Rare Beauty

Jenama Kecantikan Selebriti

Sebuah lagi jenama kecantikan milik selebriti yang memperoleh kejayaan hebat tahun ini. Rare Beauty yang diasaskan oleh penyanyi Selena Gomez ternyata menjadi bualan ramai sepanjang tahun ini. Produknya yang turut viral di media sosial seperti TikTok ini antara yang terbaik tahun 2023. Telah dilancarkan pada September 2020, Rare Beauty bukan sahaja menghasilkan produk berkualiti, jenama ini juga mengetengahkan kepentingan kesihatan mental di dalam setiap kempennya seperti yang diangkat oleh pengasasnya, Selena. Mereka turut menekankan misi ‘break down unrealistic standards of perfection’, langsung membuatkan ramai peminat kecantikan terasa ‘dekat’ dengan falsafah jenama ini.

#4 R.E.M Beauty

Jenama Kecantikan Selebriti

Mengetengahkan kreativiti dan ekspresi diri, Ariana Grande memilih untuk melancarkan jenama kecantikannya sendiri pada November 2021. Di dalam pada masa yang sama, Ariana mementingkan kelestarian alam, maka, setiap produk kecantikannya adalah diperbuat daripada bahan kandungan mesra vegan juga dibungkuskan dalam kelalang bermaterialkan kitar semula. Oleh kerana popular dan menghasilkan produk yang berkualiti, jenama ini turut mendapat perhatian di media sosial. R.E.M Beauty turut menjadi jenama kecantikan selebriti yang ke-6 dalam tangga pencarian paling tinggi di Internet dengan kadar purata sebanyak 184,000 klik setiap bulan.

See also
Kehamilan Khloé Kardashian dan Kylie Jenner Telah Disahkan?

#5 Jeffree Star

Jika anda seorang yang meminati kecantikan, anda pasti mengenali Jeffree Star, YouTuber kecantikan yang tidak asing lagi di dalam industri hari ini. Memulakan empayarnya semenjak 9 tahun yang lalu, kini jenamanya memiliki hampir $100 juta keuntungan tahunan. Mengetengahkan kecantikan yang bold, bright, berani dan tidak takut untuk memecahkan tradisi kecantikan hari ini, Jeffree Star sememangnya terkenal dengan personaliti sebegini. Tidak hairanlah apabila namanya menjadi bualan ramai setiap kali produknya dilancarkan. Dengan pencarian dan tontonan lebih 413 juta di TikTok, Jeffree Star Cosmetics turut menjadi antara jenama kecantikan selebriti popular dengan jumlah pengikut kelima tertinggi di Instagram.

15 Jenama Kecantikan Yang Turut Tersenarai di Dalam Carta Jenama Kecantikan Selebriti Terbaik 2023

jenama kecantikan