Alvin Chong Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose - Glam Malaysia

Alvin Chong Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose

Aktor Alvin Chong sangat mementingkan penjagaan rambutnya. Namun, sejak menemui Koleksi Kérastase Symbiose baharu segalanya berubah! Dan kini menjadi sebahagian rutin hariannya.

Untuk mengekalkan rutin penjagaan rambut dengan sempurna bukanlah satu perkara yang mudah buat aktor Cina yang sangat dikenali dalam kalangan warga Melayu. Alvin Chong sentiasa sibuk di set pengambaran, mesyuarat dan inilah punca mengapa dia sangat dedikasikan ekstra masa untuk mengekalkan penampilannya terutama rambut. Sejak menemui Koleksi Kérastase Symbiose, rutin hariannya menjadi lebih mudah dan mengiktiraf rangkaiannya ini pilihan utamanya.

Dengan Koleksi Kérastase Symbiose, dia telah menemui keseimbangan yang sempurna antara pemakanan, pengurusan, dan gaya. Rumusan unik koleksi ini menggabungkan kekuatan bahan semula jadi dengan teknologi canggih untuk memberikan hasil yang luar biasa.

Alvin Chong Kerastase

Ini ritual Alvin untuk penjagaan rambutnya, bermula dengan Symbiose Micro-exfoliating Cellular Treatment yang boleh digunakan sebelum membasahkan rambut.  Ia berfungsi untuk penggelupasan sel dan serpihan mati dengan lembut namun berkesan, yang kemudian membersihkan kulit kepala dan menenangkan rasa tidak selesa. Kandungan formula manik pengelupasan dan asid lembut juga bertindak sebagai bahan aktif anti kelemumur yang dapat menembusi lebih dalam.

Kembara Alvin memiliki rambut sempurna tidak akan lengkap tanpa Koleksi Kérastase Symbiose baharu

Syampu dan perapi mengikuti selepas tetapi apa yang lain mengenai rutin penjagaan rambutnya iaitu serum malam anti kelemumur. Aplikasi sebanyak tiga kali seminggu pada akar dan kulit kepala rambutnya. Juga digunakan sebelum tidur malam agar dapat menangani kelemumur dengan efektif. Ia meningkatkan keberkesanan dengan lebih tahan lama serta menyokong efikasi kelajuan pembaharuan sel kulit kepala. Bermakna kelemumur akan berkurangan dari masa ke semasa.

Artikel berkaitan Kérastase Genesis Rangkaian Terbaik Anti-Rambut Gugur

Menjadi seorang pelakon buat dirinya sentiasa terdedah kepada pelbagai unsur. Dari pencemaran luaran hingga tekanan dalaman. Oleh itu, menjaga rambut agar kelihatan baik adalah keutamaannya. Dengan koleksi Symbiose ini mudah mengurangkan tanda-tanda kelemumur serta mencegah penumpukan kelemumur di masa depan. Kini, dapatlah dia menjalani harinya dengan penuh keyakinan.

 

Kembara Alvin memiliki rambut sempurna tidak akan lengkap tanpa Koleksi Kérastase Symbiose baharu. Dengan menggabungkan produk transformatif ini ke dalam rutin harian, dia telah meningkatkan rutin penjagaan rambutnya ke tahap yang baru. Ikut jejak langkah beliau dan alami kuasa transformatif Koleksi Kérastase Symbiose untuk diri anda.

Kunjungi laman rasmi Kérastase secara dalam talian di Lazmall,Lazada untuk mengetahui maklumat lebih lanjut dan di salun dandanan rambut sah Kérastase untuk anda beli-belah keseluruhan koleksi Symbiose baharu ini.