Pencuci Muka Terbaik Pilihan GLAM

Pencuci Muka Terbaik Pilihan GLAM

RitaGambar: Arkib GLAM

 
The first step to perfection! Pilihan pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit mampu kembalikan seri pada wajah anda. Ikuti yang terbaik pilihan GLAM.
 
gentle-cleansing-foam
 
Sulwhasoo Gentle Cleansing Foam
Membersihkan muka secara lembut merupakan keistimewaan produk dari Sulwhasoo ini. Liang roma yang tersumbat dibersihkan dengan sempurna tanpa meninggalkan keradangan. Antara bahan yang digunakan dalam produk ini adalah daun herba Dokudami yang meninggalkan kesan lembut lagi segar pada permukaan kulit manakala Japanese Apricot mengekalkan kelembapan wajah sekaligus tampil berseri.
 
Jurlique
 
Jurlique Nutri-Define Refining Foaming Cleanser
Cukup sempurna buat anda yang mahu mengembalikan kesegaran kulit wajah usai kusam kerana tekanan kerja. Pembersih muka berbuih dari Jurlique ini mengandungi formula pekat dengan manik halus yang beransur-ansur menghaluskan permukaan kulit wajah dan hasilnya kulit kembali licin dan berseri. Lebih hebat, ianya membersihkan kulit dari dalam lantas mengembalikan tona sekata pada wajah dan turut berupaya mengurangkan kedutan.
 
311sG3FeCeL
 
The History of Whoo Jinyulhyang Essencial Cleansing Oil
Ramuan herba dari bahan perubatan semula jadi mengekalkan kelembapan dan menyingkir kotoran pada wajah. Juga sesuai digunakan buat mereka yang berkulit kering, formula berasaskan herba tidak berminyak ini dirumus khas untuk mengembalikan keremajaan kulit.
 
Kiehls
 
Kiehl’s Calendula Deep Cleansing Foaming Face Wash
Pembersihan secara mendalam yang melembutkan wajah tanpa membiarkan kulit terlalu kering, formula berasas gel berkrim dari Kiehl’s ini diaktifkan dengan titisan air lantas menghasilkan buih yang menghapuskan kotoran pada liang roma wajah sewaktu bilasan. Ekstrak semula jadi Bunga Calendula yakni ramuan ikonik produk kecantikan Kiehl’s sesuai digunakan untuk jenis kulit normal hingga ke berminyak. Hasilnya wajah tampil segar berseri.
 
 

See also
Sembang Fesyen: Pearly Wong