Analisa Solekan Selebriti Di American Music Awards - Glam Malaysia

Analisa Solekan Selebriti Di American Music Awards

Biar pun berlangsung dalam norma baharu, walaupun tanpa penonton American Music Awards tetap diperkatakan. Dari cerita The Weeknd yang datang dalam gaya muka berbalut, isu Jennifer Lopez yang didakwa meniru gaya persembahan Beyonce hinggalah kemenangan yang tidak diduga. Glam kongsikan lima gaya solekan selebriti di karpet merah dan juga pendapat kami tentang gaya mereka. Ada yang cantik, ada yang biasa-biasa sahaja. 

Foto Instagram Mary Phillips

JENNIFER LOPEZ

Jennifer Lopez disolekkan oleh jurusolek kegemarannya Mary Phillips. Mary mencipta gaya solekan outline pada mata yang mana dia melukis garisan hitam pada garis kelopak mata Jlo. Menurut perkongsiannya di Instagram dia menggunakan rangkaian alat solek jenama jurusolek ternama Pat McGrath. Dia memadankan solekan mata dramatik itu dengan calitan gincu ton koral yang basah diselaputi glos bibir jernih. Dandanan Jlo disempurnakan pendandan rambut kacak, Chris Appleton

Klik Untuk Lihat Lebih Banyak Gaya Jennifer Lopez

Instagram Cara Delevingne

CARA DELEVIGNE

Jemari emas jurusolek terkenal Kelsey Deenihan menyempurnakan solekan penuh warna buat Cara. Jarang sekali melihat Cara bersolek begini kerana biasanya solekannya polos dan lebih selesa dengan gaya sedikit boyish. Untuk AMAs kali ini dia tampil dengan pembayang mata ungu beradun mesra sedikit merah samar. Lebih menarik, Kelsey mencalit gincu jingga pada bibir Cara, lari dari kebiasaan yang selalunya mata ungu gincunya pula merah sama atau nude. Rambut cara yang didandan gaya old Hollywood direalisasikan oleh Danielle Priano. 

See also
Jana Semula Kulit Lebih Cepat Daripada Usia
Foto Instagram Dua Lipa

DUA LIPA

Tampil dalam balutan gaun pendek Versace, Dua Lipa masih utuh memercikan elemen 90-an pada gayanya. Rambutnya dibelah tengah dan dia merapikan dandanannya dengan penggayaan sepit rambut. Solekan matanya menampakkan sedikit pengaruh gaya lewat 90-an menjelang tahun 2000 (milenium) bila mana ketika itu cukup popular dengan solekan mata warna perak. Bezanya untuk solekan ini, dia memberi sedikit biasan biru. Gincu coklat pusam pada bibir melengkapkan lagi gaya 90-an yang dibawanya ini. 

Foto Instagram Ciara

CIARA

Tiada apa yang istimewa tentang solekan Ciara di malam American Music Awards tahun ini. Penampilannya biasa-biasa sahaja. Solekannya polos, didominasi mainan ton tanah dalam ton pusam. Hanya sapuan glos yang memberi ‘nyawa’ kepada gayanya ini. Rambutnya yang ditocang itu pula sudah selalu kita nampak. Bosan!

Foto Instagram Ernesto Casillas

DOJA CAT

Dia yang meraih trofi Artis Baru Terbaik ini tampil berbeza dari selalu yang mana lazimnya dia nampak fun dengan rambut blonde atau merah jambu. Kali ini dia tampil ‘siuman’ dengan rambut hitam yang didandan dalam gaya finger wave basah. Solekannya disempurnakan oleh Ernesto Casillas. Melihatkan wajah Doja kali ini mengingatkan saya pada rupa penyanyi Monica (Angel of Mine) sewaktu kemunculan awalnya. 

See also
Tip Menjaga Berus Solekan

Rangkuman Solekan Semi Final Muzik-Muzik 35