Solekan Ketika Bersukan

Solekan Ketika Bersukan

Backstage6Gambar: TPGVIP

 
Meski ramai wanita tidak mahu mengaku, namun kebanyakan mereka mahu kelihatan sedikit ‘bersiap’ walaupun sedang beraktiviti lasak dan bersenam. Apatah lagi kala menunggang basikal, atau ke kelas yoga, bukan? Tetapi jenis produk yang bagaimana baik untuk kulit ketika anda sedang berpeluh? Apa pula yang sesuai agar solekan tidak dilihat berlebih-lebih?
 
Working out is kind of a social thing, jadi sama ada berada di gim atau mendaki, anda masih perlu berdepan dengan khalayak ramai. Ia suatu yang adil untuk melakukan sedikit self enhancement agar anda tidak terlihat kusam dan tidak bermaya. Namun usah pula menghabiskan masa bersiap terlalu lama hanya semata-mata untuk bersukan. Dan pastikan juga anda menggunakan produk kalis air saranan GLAM. Ikuti beberapa tip di bawah dan aplikasikannya kala bersukan hari ini!
 
Hanya Solekan Asas
Solekan tidak seharusnya membuat anda kelihatan berbeza, it should make you feel good about yourself! Produk wajah yang ringan meratakan ton kulit, mengisi garis-garis halus, dan menambah cahaya sempurna terutama apabila ia dibekalkan dengan perlindungan sinar. Layangkan sedikit maskara di hujung bulu mata untuk memberikan definisi mata. Mudah dilihat, solekan high-drama tidak dialu-alukan ke gim. Biarkan anda dilihat walau tanpa solekan namun masih kelihatan berseri-seri.
 
If You Want Just A Little More…
Selain produk wajah dan maskara, GLAM mencadangkan agar anda menggaris penggaris mata kalis air di sudut luar soket mata dan garis bulu mata yang bawah. Tambah concealer jika perlu. Pemakaian penggaris mata hendaklah sama dengan padanan kasut. Jika anda memakai stiletto, gariskan pada bahagian atas dan bawah mata tetapi jika anda mengenakan kasut sukan, hanya gariskan sedikit pada bahagian bawah.
 
Lupakan Gincu Dan Pemerah Pipi
Apabila anda bergerak, secara semula jadi anda merangsang peredaran darah dan kulit anda akan kelihatan seakan kemerah-merahan. Untuk tidak nampak merah yang keterlaluan, usah menambah warna tambahan. Gincu biasanya memberi efek berlebihan pada solekan dan anda tidak mahu berasa risau untuk touch-up atau berhadapan dengan keadaan solekan yang comot. Jika bibir kering, oles salap bibir atau glos dengan warna semula jadi bibir sahaja.
 
 

POST A COMMENT